Wednesday, October 18, 2017

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

Pada 13 Oktober hingga 14 Oktober 2017 yang lalu telah berlangsung Perkhemahan Perdana Unit Beruniform bertempat di SK Pulau Meranti. Perkhemahan ini telah disertai oleh 18 orang peserta Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), 22 orang peserta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), 20 orang peserta Pengakap Kanak-kanak (PKK) dan 23 orang peserta Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM).

Pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang (13 Oktober 2017). Semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat keselamatan oleh Kem Komandan, En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki dan pelantikan Penghulu (Muhammad Aqil Isyraf - BSMM) dan Penghuluwati (Farah Adiba bt Azian - PPIM) sebelum aktiviti pemasangan khemah dijalankan.

Pendaftaran
Taklimat Keselamatan
Pemasangan Khemah
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah Larian Komando di bawah kelolaan En. Nordin dan Puan Sugunah. Semua peserta perlu melalui aktiviti fizikal yang telah ditetapkan. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal semua peserta di samping menarik perhatian dan minat untuk terus berada di perkhemahan ini.
Larian Komando
Pada malamnya pula, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di bawah kelolaan Puan Sugunah telah dijalankan. 2 aktiviti yang dijalankan ialah "Cer Teka" dan "Menari Di atas Kertas Manila" merupakan aktiviti Ice Breaking. Aktiviti seterusnya ialah Pertolongan Cemas dan Bantu Mula yang dikendalikan oleh En. Daud bin Aris. 
Permainan Cer Teka
Permainan Menari Atas Manila Kad

Pertolongan Cemas dan Bantu Mula

Keesokkannya pula (14 Oktober 2017), seawal jam 5.30 pagi, semua peserta perlu bersedia untuk bangun, mandi, solat Subuh dan senaman pagi. Selesai sarapan pagi, semua peserta dikehendaki mengemaskan semula khemah dengan bantuan En. Gopi dan Puan Yusnur Aida.
Senaman Pagi

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan Kawad Kaki yang dikendalikan oleh Pengakap Sepang. Semua Unit Beruniform perlu menunjukkan kesediaan dan kemahiran Kawad Kaki Statik. Selesai minum pagi, aktiviti Mencari Harta Karun diteruskan di bawah bimbingan En. Mohd Zulhusni dan En. Nasrul Afiq. Aktiviti ini memerlukan pergerakan pantas semua peserta secara berkumpulan mengikut Unit Beruniform masing-masing.
Pertandingan Kawad Kaki
Selesai sahaja aktiviti Mencari Harta Karun, aktiviti Ikatan dan Simpulan diteruskan dan dikendalikan oleh Pengakap Sepang dan Puan Siti Juitah. Murid berhenti berehat untuk makan tengah hari dan Solat Zuhur serta bersiap sedia untuk aktiviti terakhir iaitu Penyampaian Hadiah dan Sijil. Aktiviti berakhir sepenuhnya pada jam 3.00 petang.
Ikatan dan Simpulan
Diharap Perkhemahan Perdana pada kali ini menjadi kenangan terindah dan pengalaman yang bermakna buat semua peserta. 

Berikut adalah keputusan keseluruhan sepanjang Perkhemahan Perdana.
Unit Beruniform Terbaik:
Johan: BSMM
Naib Johan: TKRS
Ketiga: PPIM
Keempat: PKK
Johan Keseluruhan - BSMM

Kawad Kaki Terbaik:
Johan: PPIM
Naib Johan: TKRS
Ketiga: BSMM
Keempat: PKK
Johan Kawad Kaki

Naib Johan Kawad Kaki

Peserta Perempuan Terbaik:
Farah Adiba bt Azian - PPIM
Peserta Perempuan Terbaik


Peserta Lelaki Terbaik:
Arzeeq Syuqreen bin Sharif - BSMM

Peserta Lelaki Terbaik


No comments: