Saturday, October 7, 2017

PROGRAM CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1439H

Panitia Pendidikan Islam SK Pulau Meranti telah mengadakan Program Ceramah bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada 6 Oktober 2017 bersamaan dengan 15 Muharram 1439H.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengajaran berkenaan dengan kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu, dapat memberi motivasi dan  kesedaran kepada murid melakukan perubahan  untuk kecemerlangan diri mereka khususnya dalam pelajaran.

Oleh kerana sekolah ini menjalankan sesi pembelajaran dalam dua sesi, maka program ini telah dilaksanakan pada sesi pagi dan petang. Ceramah pada sesi pagi disampaikan oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki di Tapak Perhimpunan. Program pada sesi pagi diakhiri dengan aktiviti kuiz untuk murid-murid. Manakala bagi sesi petang ceramah di sampaikan oleh Ustaz Adnan bin Mustafa di Dewan SKPM . Aktiviti kuiz untuk murid-murid juga diadakan selepas usai ceramah.

Melalui ceramah ini murid-murid dapat banyak maklumat dan pengajaran untuk digunakan dalam kehidupan mereka.



Lensa sekitar Ceramah Maal Hijrah

SESI PAGI









                                                                   
                                                      SESI PETANG





No comments: