Saturday, October 7, 2017

Program Pasca UPSR 2017 - Ceramah Awal Remaja

Pada 5 Oktober 2017- Unit Bimbingan & Kaunseling SKPM telah berjaya menganjurkan program Pasca UPSR 2017. Program ini melibatkan semua murid tahun 6. Program ini bermula dengan ceramah dari Intimate. Murid lelaki di berikan ceramah akil baligh dan cara menjaga kebersihan tempat kemaluan oleh En. Mohd Helmi manakala penceramah dari Intimate memberikan ceramah mengenai tuala wanita seperti jenis-jenis tuala wanita dan cara memilih tuala wanita yang sesuai dengan individu. Mereka juga memberi sample tuala wanita kepada murid.

Selepas rehat Program Pasca bermula dengan ceramah perkembangan awal remaja. Slot ini disampaikan oleh Pn. Sugunah iaitu guru B&K SKPM. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang transisi ke alam remaja dan perubahan dalam pelbagai aspek yang akan dialami oleh murid-murid pada usia 12 tahun termasuklah biologi, psikologi dan seksologi.

Semoga program ini memberi pengalaman dan ilmu yang berguna kepada semua murid tahun 6 untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian.











No comments: