Sunday, November 19, 2017

Majlis Konvokesyen Tahun 6 & Konvokesyen Prasekolah Sesi 2017 (Kali Ke-6)

Pada 18 November 2016, Sabtu - SK Pulau Meranti telah mengadakan Majlis Konvokesyen Tahun 6 & Konvokesyen Pra Sekolah di Dewan, SK Pulau Meranti.

Objektif Majlis ini diadakan adalah untuk:
a) Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada murid prasekolah di dalam satu majlis yang meriah dan gilang gemilang.
b) Memberikan pendedahan kepada murid prasekolah pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka sewaktu bergelar murid prasekolah.
c) Memupuk dan membina semangat cintakan sekolah.
d) Menambahkan keyakinan diri untuk menangani cabaran dan perubahan pada masa hadapan.

Majlis dimulai dengan perarakan masuk murid-murid Tahun 6 dan Prasekolah ke dalam dewan. Selepas semua jemputan mengambil tempat, semua hadirin diminta untuk sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Seterusnya, Majlis diberkati dengan bacaan doa daripada Ustaz Helmi. Majlis Konvokesyen Ke-6 ini kemudiannya  didahului dengan ucapan pembukaan daripada Puan Siti Habsah bt Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti. Ucapan perasmian yang dinantikan telah disampaikan oleh Ketua Penolong  PPD, Pengurusan Akademik Encik Mohd Alias bin  Awang. Majlis dihiburkan pula dengan tayangan video multimedia yang disediakan oleh Encik Ridzuan Amir. Bagi menceriakan lagi Majlis, murid-murid Tahun 6 telah memberi persembahan pembukaan dan diikuti dengan penyampaian sijil konvokesyen kepada murid-murid Prasekolah  dan murid-murid Tahun 6. Sebelum Majlis berakhir, Majlis dihiburkan pula oleh persembahan murid-murid Pra Sekolah. Akhirnya, Majlis telah menjemput Puan Siti Habsah, Guru Besar SKPM untuk menyampaikan ucapan penangguhan majlis konvokesyen kali ke-6 dan menyempurnakan majlis. Majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari




Ucapan pembukaan Majlis daripada Puan Siiti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti

Ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia Encik Mohd Alias bin Awang, Ketua Penolong PPD, Pengurusan Akademik PPD Sepang.

Acara Pertabalan Pembukaan Majlis Konvokesyen Kali Ke-6

Murid-murid Tahun 6 yang menerima sijil konvokesyen

Murid-murid Pra Sekolah yang beratur untuk menerima sijil konvokesyen
  
Pentas penerimaan sijil konvokesyen

No comments: