Monday, November 13, 2017

Program Melangkah Ke Sekolah Menengah 2017

Pada 13 November 2017- isnin , Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah melaksanakan program Melangkah Ke Sekolah Menengah. Penceramah program ini adalah Pn. Nik Norfadzlida Bt Che Hashim dan Pn. Hasliza Bt Hassan. Mereka adalah Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana.Tujuan program ini adalah untuk menyediakan murid dari aspek mental supaya murid tidak mengalami kejutan budaya ketika mereka disana.

Objektif program ini adalah :-

  • mendapatkan info yang betul tentang sekolah menengah.
  • dapat mempersiapkan diri secara mental.
  • tahu cara mengurus diri dan menangani masalah yang mungkin berlaku.










No comments: