Thursday, December 27, 2018

MAKLUMAN PENGAGIHAN BUKU TEKS DAN AKTIVITI TAHUN 1 DAN TAHUN 3 2019

Pengagihan buku teks dan buku aktiviti  Tahun 1 dan 3 2019 akan dijalankan pada:

Tarikh : 31 Disember 2018 (Isnin)
Masa   : 9 pagi - 12 tengah hari

Sekian, terima kasih.



Tuesday, November 27, 2018

PERKHEMAHAN DALAMAN SK PULAU MERANTI TAHUN 2018

Pada 19 November 2018, Isnin, Unit Kokurikulum SK Pulau Meranti telah menganjurkan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform di SK Pulau Meranti. Ahli -ahli unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari tahap dua telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah berlangsung sepanjang hari persekolahan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1.20 petang dan segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program perkhemahan dalaman (Masakan Rimba).

Tarikh  : 19 November 2018
Hari     : Isnin
Tempat: SK Pulau Meranti

Taklimat 


Menangkap ikan keli 


Menyiang ikan keli

Memasak mengikut unit

Memasak mengikut unit

Makan bersama

Para pentadbir menilai masakan setiap unit

Ucapan penutup dari Datin Nora PK Kokurikulum

Penyampaian hadiah 

Penyampaian Hadiah untuk :
  • Sahsiah Terbaik Lelaki & Perempuan Tahun 4,5&6 setiap unit
  • Pertandingan masakan rimba : 
          Johan : BSMM
          Naib Johan : PKK
          Ketiga : TKRS
          Keempat : PPIM
  • Pengurusan terbaik guru
          Johan : PKK
          Naib Johan : PPIM
          Ketiga : TKRS
          Keempat : BSMM

Friday, November 23, 2018

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018


HARI: ISNIN

TARIKH :23 NOVEMBER 2018 bersamaan 15 RabiulAwal 1440H

MASA: 7.50 PAGI- 11.50 PAGI

TEMPAT :DATARAN SK PULAU MERANTI

TEMA MAULIDUR RASUL 2018 : 'MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA RAHMAT'


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

PENGENALAN

Sambutan Maulidul Rasul S.A.W merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulallah S.A.W. Begitu juga perasaan taat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda.Majlis Maulidul Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah.Majlis ini akan memuatkan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibtakan semua guru dan pelajar muslim bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu ""Menyantuni Ummat Membawa Rahmat". Perlaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulallah S.A.W.


OBJEKTIF

- Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan Agama Islam.

-Murid dapat mengetahui dan menghayati sirah nabi Muahammad Rasulallah S.A.W.

- Murid dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasulallah S.A.W

-Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W


AKTIVITI

-Bacaan Yassin

-Tazkirah ringkas Maulidur Rasul oleh: Ustaz Tuan Haji Sofian Bin Abdullah

-Solawat Nabi Muhammad secara beramai- ramai

-Pertandingan Tulisan Cantik Tema Maulidur Rasul (TAHAP 1)

-Pertandingan Sepanduk Tercantik (TAHAP 2)

-Penyampaian hadiah

-Bersurai





PENUTUP

SOLLU 'ALAN NABI YA HABIBULLAH..Rententan dari seluas kecintaan kita pada baginda kita manifestasikan madah kata ini moga kian mekar dihati umatnya yang dirindui..

"ILMU DAN AMAL ADALAH SEGALANYA BIAR KITA TUA AKIBAT ILMU MOGA-MOGA TEMPAT KITA MARTABAT KITA TINGGI DI SISI-NYA.INSYAALLAH."

Salam perjuangan.RASULALLAH DI HATI.


Al Mukhlisah

-NAJWA ANNURIY-

Wednesday, November 21, 2018

BANTUAN SUMBANGAN DARI BANK RAKYAT CAWANGAN CYBERJAYA

Pada 21 November 2018, Rabu- Pihak Bank Rakyat cawangan Cyberjaya telah menyumbangkan  RM 5000.00 kepada 50 orang murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini merupakan sumbangan zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya.



Pendaftaran ibubapa





Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya menyerahkan mock cek kepada Tuan Guru Besar SK Pulau meranti

Mock Cek















Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya telah menyerahkan sumbangan kepada murid yang terpilih







PROGRAM MELANGKAH KE ALAM MEKAR 2018

Pada 16 November 2018, Jumaat Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan Program Melangkah Ke Alam Mekar. Program ini khas untuk murid tahun 6 dan program ini juga salah satu program dari PASCA UPSR 2018.

 Pengenalan :
Individu yang berusia bawah 12 tahun masih diklasifikasikan sebagai ‘kanak-kanak’. Bagaimanapun, kematangan kanak-kanak masa kini tidak boleh dipandang entang ekoran banyaknya kes-kes jenayah termasuk masalah sosial yang melibatkan individu yang masih di alam kanak-kanak ini. Justeru itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti mengambil inisiatif untuk menangani isu ini pada peringkat awal lagi. Program ini memberi pengetahuan kepada murid-murid dari aspek kesihatan dan kerohanian dalam memahami peranan jantina  yang dianugerahi tuhan dengan sebaik mungkin.

Rasioanal :
Pada usia memasuki 12 tahun, kanak-kanak mula memasuki transisi ke alam remaja. Pada peringkat ini, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku termasuk juga perubahan seksologi. Mereka perlu dibimbing cara dan bagaimana menghadapinya juga melindunginya.

Objektif :
Mendapat info yang betul tentang perkembangan seks secara sihat.
* Tahu cara untuk menjaga diri.
* Tahu cara mengurus diri.
* Menghargai dan menghormati diri sendiri dan rakan-rakan yang lain yang berlainan jantina