Monday, January 29, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 29 Januari 2018
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa : 3.40-4.10 petang

GURU BERTUGAS

1) Puan Norazmah Bt Che Omar
2) Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan
3) En Mohd Riza Feelaqiz B Shauri
4) Cik Sulochana
 
Pengerusi Majlis : Pn Norazmah Bt Che Omar

AGENDA

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dipimpin oleh Pn Saliza Bt Ahmad Salleh.
2. Bacaan Doa oleh : Adik Muhammad Ammar B Haziman (3G)
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh: Pn Norazmah Bt Che Omar.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh: Adik Aisyah Raihanah Bt Abdul Hadi (3C)


Bacaan Doa

Ikrar Rukunegara & Keselamatan Jalanraya

Ikrar Murid


5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : 
  • Disampaikan oleh Pn Norsaliza Bt Abd Ghani.
  • Murid dinasihatkan agar menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah.
  • Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan berkejar-kejaran kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.  
  • Murid diwajibkan membalut dan menjaga buku teks yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah dengan  sebaiknya.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

6. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
  • Disampaikan oleh Pn Norazmah Bt Che Omar
  • Memperkenalkan semua guru yang bertugas minggu ini.
  • Memperkenalkan dan mengalu-alukan kedatangan guru baharu iaitu Cik Sulochana.
  • Memberi ulasan tentang tema mingguan iaitu Vandalisme.
  • Murid diingatkan agar menjaga barangan dan peralatan sekolah dengan baik.
  • Murid diminta menggunakan bekas minuman dan makanan di kantin dengan sebaiknya.
Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

7. Hal-hal Lain
  • Pemeriksaan Mengejut oleh Unit Disiplin dan Pengawas - Kekemasan Diri
  • Murid lelaki diingatkan agar memakai tali leher.
  • Murid perempuan yang tidak bertudung mesti mengikat dan mendandan rambut dengan kemas. Hanya pengikat berwarna hitam dibenarkan. 
  • Kuku mestilah sentiasa dipotong agar kelihatan bersih.
  • Murid lelaki yang berambut panjang diingatkan menggunting rambut agar kelihatan kemas.
Pemeriksaan Mengejut - Penjagaan Kuku

Pemeriksaan Mengejut tentang Kekemasan Diri

Perhimpunan berakhir pada jam 4.20 petang. Semua murid bersurai masuk ke kelas masing-masing diiringi pengawas. Sekian.


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5 (SESI PAGI)

Hari: Isnin

Tarikh: 29 Januari 2018

Tempat: Dataran Perhimpunan

Masa: 7.20 - 8.05 pagi

Guru Bertugas:
En. Ridzuan Amir bin Mohamad
En. Nasrul Afiq bin Md Desa
Pn. Salinda binti Kadri
Pn. Diana binti Mohd Yusoff
Pn. Nurhafizah binti Udin

Lagu "Negaraku", Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu "Aku Negaraku" dikendalikan oleh pengawas bertugas.
Doa dibacakan oleh Adik Daniel Iman
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dibacakan oleh Pn. Salinda
Ikrar murid dibacakan oleh Adik Aeryn.

Guru bertugas minggu lepas, En Ibrahim mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa di dalam kawasan sekolah dan juga di luar kawasan sekolah.
Ucapan guru bertugas minggu ini disampaikan oleh Pn. Salinda.

Tema minggu ini adalah "Hindari Vandalisme".
Murid-murid diingatkan supaya menghindari budaya Vandalisme di sekolah. Murid-murid mesti menyayangi dan menjaga harta sekolah dengan baik. Contohnya menjaga buku-buku di Pusat Sumber Sekolah dengan cermat.

Pengawas PSS mempromosikan buku-buku kepada murid-murid untuk dibaca ataupun dipinjam.

Pn. Sugunah sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi makluman kepada murid-murid. Jika mereka ada masalah pelajaran atau peribadi boleh berjumpa dengan beliau di Bilik Kaunseling.


Penyampaian sijil-sijil kepada pemain badminton sekolah yang telah mendapat saguhati Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Sepang. Semoga tahun hadapan lebih bersemangat lagi dan berjaya menjadi juara.


Barisan Jurulatih dan Guru-guru Penasihat Badminton sekolah bersama-sama pemain badminton sekolah.


Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri di jalan raya. Terutama murid-murid yang datang ke sekolah dengan basikal. Murid-murid diminta pandang kiri dan kanan jalan semasa melintas jalan raya.


Perhimpunan rasmi tamat pada pukul 8.05 pagi.


Selepas itu diadakan "PEMERIKSAAN MENGEJUT" oleh Guru-guru Disiplin dan Pengawas Sekolah
meliputi kekemasan diri dan pakaian sekolah






Wednesday, January 24, 2018

PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM KALI KE 3

Tarikh  : 24 Januari 2018
Hari     : Rabu
Masa   : 7.45am hingga 9.00am
            : 1.20pm hingga 2.20pm


Semua Unit Beruniform di bawah unit Kokurikulum SK Pulau Meranti telah menjalankan aktiviti perjumpaan kali yang ke 3. Perjumpaan pada waktu pagi, semua unit beruniform sesi pagi dan petang bersama-sama turun ke padang untuk menyertai latihan kawad kaki. Tenaga pengajar bagi latihan kawad kaki tersebut adalah daripada anggota SMART.


LAPORAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP (PKK)
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :

  • Mengambil kehadiran
  • Latihan Kawad Kaki (8.00am - 9.00am)
  • Nyanyian lagu Pengakap
  • Persetiaan Pengakap
  • Istiadat Laung Agung
  • Penyerahan tugas
  • Kemaskini buku penilaian kokurikulum





LAPORAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :

  • Mengambil kehadiran
  • Latihan Kawad Kaki (8.00am - 9.00am)
  • Nyanyian lagu Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Ikrar BSMM
  • Pengenalan mengenai Sejarah Penubuhan BSMM
  • Aktiviti mencipta logo BSMM SK Pulau Meranti
  • Kemaskini buku penilaian kokurikulum



LAPORAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah:
  • Mengambil kehadiran
  • Latihan Kawad Kaki (8.00am-9.00am)
  • Nyanyian semangat
  • Ikrar TKRS
  • Pengenalan TKRS
  • Tugasan
  • Kemaskini buku penilaian kokurikulum



LAPORAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah:
  • Mengambil kehadiran
  • Latihan Kawad Kaki (8.00am-9.00am)
  • Bacaan doa 
  • Tatacara perjumpaan PPIM
  • Pengenalan PPIM
  • Tugasan mengenai biodata diri dan keluarga 
  • Bacaan Surah Al- Asr dan tasbih kifarah
  • Kemaskini buku penilaian kokurikulum



Monday, January 22, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-4 (SESI PETANG)

Tarikh : 22 Januari 2018
Masa : 3.40-4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu SK Pulau Meranti

Guru Bertugas :

1. Pn. Nasibah Binti Sairi
2. Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
3. Pn. Norsaliza Binti Abd Ghani

Pengerusi Majlis : Pn. Nasibah Binti Sairi

AGENDA

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selagor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
dikendalikan oleh: Pn. Saliza 
2. Bacaan Doa : adik Alif Hakimi(3G)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nasibah 
4. Ikrar Murid: adik Aisyah Raihanah (3C)
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar
 Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nasibah

Nyanyian lagu dikendalikan Pn. Saliza

Pengawas bertugas membaca doa dan
Ikrar Murid


5. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
  • Disampaikan oleh Pn. Yusnur Aida Bt. Yusof
  • Murid diingatkan tidak membawa mainan ke sekolah 
  • Murid diminta menjaga disiplin semasa hari hujan dengan tidak main di kawasan larangan dan menjaga keselamatan diri serta pakaian masing-masing

6. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Bt. Sairi dengan tema 'Adab Dengan Guru'
  • Murid diperkenalkan dengan guru bertugas minggu ini
  • Murid perlu memberi salam apabila berjumpa guru dan apabila guru masuk ke kelas
  • Murid boleh membantu guru ketika guru memerlukan 
  • Murid dinasihatkan untuk memberi perhatian apa yang disampaikan guru 

7. UCAPAN GURU DISIPLIN
  • Disampaikan oleh Pn. Nordiana Bt Amiruddin
  • Murid lelaki ditegur tentang potongan rambut dan pemakaian tali leher
  • Murid diingatkan tentang pemakaian lencana dan tanda nama serta pakaian sekolah yang dibenarkan
  • Murid diingatkan tentang kebersihan diri 



8. Perhimpunan ditangguhkan dan murid beredar ke kelas masing-masing.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-4

     Perhimpunan minggu ke-4 (2018) bagi sesi pagi telah dijadualkan sebagaimana berikut :

  • Hari : Isnin 
  • Tarikh : 22 Januari 2018 
  • Masa : 7.30-8.00 pagi 
  • Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM
  • Tema : Adab Dengan Guru 
  • Kumpulan : 4 
  • Guru-guru yang bertugas pada minggu ini adalah : 
           1) En. Ibrahim b Zainuddin (Ketua)
           2) Pn. Nor Hanim bt Ismail
           3) Pn. Norhalida bt Ishak
           4) Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar


         Walau bagaimapun, perhimpunan rasmi pada hari Isnin minggu ini tidak dapat dilaksanakan berikutan hujan lebat. Warga guru dan murid SKPM tidak dapat berkumpul di dataran. Justeru, guru bertugas, Cikgu Sharifah Hafizah hanya meminta para murid agar beratur di tepi kelas untuk bacaan doa. Pengawas yang bertugas bagi membacakan doa, Irfan Haziq Putra, dari Tahun 6 dijemput bagi mengepalai alunan doa tersebut.

1.1 Murid-murid sedang bersiap-siaga untuk bacaan doa.


1.2 Pengawas mengimami alunan doa. 




     Sebelum bersurai masuk ke kelas, murid-murid diingatkan agar tidak bising dan menunggu kehadiran guru kelas masing-masing bagi memenuhi 30 minit waktu perhimpunan yang terpaksa ditangguhkan. Satu pengumuman berkaitan dompet tercicir juga telah dibuat. 

       Sebagai penutup, murid-murid dimaklumkan dengan nama-nama guru bertugas pada minggu ini dan diminta merujuk guru-guru berkenaan (sebagaimana catatan di atas) jika terdapat sebarang masalah sepanjang minggu ini. 

Sesi bacaan doa tamat jam 7.35 pagi. 

     

           
             

Sunday, January 21, 2018

SELAUT KASIH SEGUNUNG HARAPAN 2018


             Program Selaut Kasih Segunung Harapan 2018 telah pun berlangsung di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti pada 20 Januari 2018 pada hari Sabtu. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri kira-kira 47 ibu bapa murid-murid tahun 6, 2018.

           Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi PPSR murid-murid tahun 6. Selain itu, ianya juga bertujuan mewujudkan ukhwah diantara pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun 6 untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi mencapai misi sekolah.

          Diharapkan dengan adanya program ini ianya dapat menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid didalam PPSR 2018.

Dari lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:


Pendaftaran Ibubapa dan guru
Pengacara majlis: Cikgu Mohd Syukur
Bacaan doa dari Al Fadhil Ust. Helmi
Ucapan dari YDP PIBG, Datuk Hasnan bin Abdullah
Taklimat PPSR 2018 oleh  PK Pentadbiran, En. Mohd Azmin
Pembentangan Program tahun 6 oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah.
Nampaknya ibubapa semua bersetuju:) Alhamdullilah..
Sesi soal jawab bersama ibubapa
Jualan buku rujukan selepas majlis
Tahniah diucapkan kepada ibubapa yang telah hadir. Anda hebat!

Ibubapa murid-murid tahun 6.



        Majlis tamat pada jam 11.30 pagi. Semoga segala misi yang telah dirancang sepanjang tahun dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama dan doa dari semua ibubapa dan guru. Insyaallah.