Saturday, January 6, 2018

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH & KETERAMPILAN PEMIMPIN SEKOLAH 2018

Pada 6 Januari 2018 (Sabtu), pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Unit Disiplin Dan Pengawas serta Unit Pusat Sumber Sekolah SK Pulau Meranti telah mengadakan satu "KEM PEMANTAPAN SAHSIAH & KETERAMPILAN PEMIMPIN SEKOLAH 2018" bertempat di Dewan SK Pulau Meranti. Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kem ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kem ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugasan harian. Keterampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Oleh itu, pihak sekolah berharap agar kem ini dapat kerjasama yang baik daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Adnan Bin Mustaffa dan pengerusi majlis oleh Encik Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Manakala penceramah jemputan kem pada kali ini ialah Encik Muhammad Afandie Bin Yahaya dari SK Kampung Baharu Lanjut. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, guru-guru serta pihak sekolah kerana telah berjaya hadir ke kem ini demi membina insan yang cemerlang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi dan Inteklek.


OBJEKTIF
  • Mengenalpasti nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin.
  • Memurnikan tugas harian.
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid.

TENTATIF 
  • 7.30 pagi             : Pendaftaran
  • 8.00 pagi             : Ceramah Kepimpinan
  • 10.00 pagi           : Rehat
  • 10.30 pagi           : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
  • 11.30 pagi           : Raptai Majlis Penyerahan Pelantikan
  • 12.00 tgh             : Bersurai

SASARAN
  • Pengawas Sekolah (55 orang)
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah (40 orang)

LENSA KAMERA














"PEMIMPIN CEMERLANG DISIPLIN TERBILANG"

No comments: