Tuesday, January 16, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 3 SESI PETANG

Tarikh : 15 Januari 2018
Masa   : 3.40 - 4.10 petang
Tempat: Dataran Ilmu SK Pulau Meranti


GURU BERTUGAS:
  1. Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  2. Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  3. Cik Najwa Binti Abdul Wahab
  4. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis                       : Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Ikrar Rukun Negara                  : Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya  : Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Bacaan Doa                               : Muhammad Ammar Bin Nor Haziman (3G)
  • Ikrar Murid                                : Nor Amalin Adriana Binti Salahudin (3G)




LAPORAN MINGGU LEPAS
  • Laporan minggu lepas disampaikan oleh Cik Vanessa Tan Zhi Wei.
  • Cik Vanessa melaporkan tiada kecederaan sepanjang minggu lepas.
  • Terdapat sebilangan murid yang masih bermain di kawasan larangan. Cik Vanessa berharap tiada lagi murid bermain di kawasan tersebut kerana boleh mengundang bahaya.

UCAPAN GURU BERTUGAS
  • Pn. Y.Nuryati menyampaikan ucapan bertemakan 3S (Senyum, Salam, Sapa)
  • Murid-murid perlu amalkan dan terapkan sikap 3S di dalam diri.
  • Murid yang berjumpa dengan guru perlu senyum, salam dan sapa guru.
  • Muird-murid juga dingatkan sekali lagi mengenai peraturan sekolah yang perlu dipatuhi.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
  • Ucapan disampaikan oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin.
  • PK Petang mengingatkan mana-mana murid yang belum mendapat bekalan buku teks memaklumkan kepada guru kelas masing-masing.
  • PK Petang juga menasihatkan agar semua murid membalut buku teks dan buku aktiviti agar buku dapat dijaga dengan rapi.
  • PK Petang juga mengingatkan ketika pertukaran masa guru, murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas sehingga guru mata pelajaran seterusnya masuk.
  • PK Petang menasihati murid supaya tidak berlari-lari ketika loceng waktu rehat dibunyikan bagi mengeelakkan sebarang kecederaan.


Perhimpunan rasmi ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

No comments: