Tuesday, January 2, 2018

Laporan Perhimpunan Minggu Pertama 2018 sesi pagi

2 Januari 2018 adalah hari pertama persekolahan sesi 2018. Guru bertugas pada minggu ini adalah Pn. Hayati, En. Yusnizan, Pn. Wan Sarinah, Pn. Sugunah dan Pn. Suzila. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah SKPM dan Lagu Aku Negaraku. Setelah itu, En. Adnan membaca doa.

Ucapan Guru bertugas :-

  • Cikgu Yusnizan menyebutkan senarai guru bertugas minggu pertama.
  • Beliau mengalu-alukan kedatangan murid-murid dan murid baru (tahun 1 2018).
  • Beliau juga meminta ibubapa menghantar anak awal ke sekolah.
Ucapan Guru Besar :-
  • Pn. Guru besar mengalu-alukan kedatangan murid-murid.
  • Guru besar mengenalkan Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru baru .
  • Gurubesar meminta kerjasama murid-murid menjaga kebersihan dan disiplin diri terutama di tandas. 
  • Guru besar menekankan ibubapa hanya dibenarkan menunggu anak di sekolah pada hari ini sahaja.
  • Ibubapa juga diminta memberikan kerjasama pada waktu rehat dengan memberikan tempat duduk pada murid-murid
Setelah tamat ucapan Guru besar, murid-murid dibenarkan masuk ke kelas kecuali murid tahun 1untuk memberikan taklimat transisi tahun 1 .




Guru bertugas menyambut kehadiran murid 
Pengerusi majlis, Cikgu Yusnizan


Cigu Adnan membacakan doa


Guru besar sampaikan ucapan



Pn. Wan Sarinah memberikan taklimat transisi tahun 1 kepada muird dan ibubapa murid tahun 1.

No comments: