Friday, January 5, 2018

Pengubahsuaian Musolla Al-Ikhsan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

Panitia Pendidikan Islam dan pihak sekolah telah bersetuju untuk meminta sumbangan dari ibu bapa dan orang perseorangan dalam menaik taraf Musolla sekolah kepada Surau .
Kami Warga Sekolah Pulau Meranti mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang yang bermurah hati dalam merealisasikan impian Puan Guru Besar SKPM.
Pengubahsuaian ini telah dibuat semasa cuti yang lepas. Pengubahsuaian dibuat bagi menyediakan ruang mengambil wuduk untuk guru dan murid perempuan yang tertutup, sebelum ini guru-guru wanita terpaksa mengambil wuduk di tandas.Dengan adanya ruang wuduk ini lebih menjimatkan masa guru dan memberi keselesaan kepada guru wanita. Penghadang antara ruang juga dibuka bagi membesarkan lagi ruang untuk bersolat. Ini memudahkan jika ada aktiviti yang memerlukan murid dan guru
Ruangan Solat yang diperbesarkan
Tempat wuduk yang telah siap dinaik taraf. Gambar dari luar.

Tempat wuduk tertutup untuk guru dan murid perempuan
Pintu masuk ruangan wuduk wanita

Tempat wuduk yang telh siap dinaik taraf
 Jutaan terima kasih kami ucapkan sekali lagi kepada para penyumbang . Saham Akhirat ANDA semua ada di sini.

" BERSEDEKAH MENUTUP PINTU KEJAHATAN ,MENOLAK BALA DAN MEMANJANGKAN UMUR". Semoga hidup anda semua dalam limpahan Rahmat Illahi. Aamiin...
                                                      
.


No comments: