Saturday, April 7, 2018

GOTONG ROYONG PERDANA SKPM 2018

Pada 7 April 2018- Sabtu, Unit 3K telah menganjurkan Gotong- royong Perdana 2018. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui unit 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan aktiviti gotong- royong perdana bersama komuniti Kampung Pulau Meranti.

Objektif
  • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
  • Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibubapa, pendidik,warga sekolah dan masyarakat.



  





















SEBELUM

SELEPAS






Wajah Baru SKPM




No comments: