Monday, May 7, 2018

KEM KECEMERLANGAN JAWI SIRI PERTAMA 2018

5 Mei 2018 (Sabtu) - Kem Kecemerlangan Jawi Siri Pertama 2018 telah diadakan di SK Pulau Meranti bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.00 t/hari. Kem ini telah melibatkan seramai 64 orang murid tahun 2, 81 orang murid tahun 3, 26 orang murid tahun 4 dan 24 orang murid tahun 5 serta seramai 12 orang guru Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Terdapat 9 check point kesemuanya yang perlu dilalui oleh para murid ini. Semua murid tahun 3, 4 dan 5 melepasi check point pertama. Manakala bagi murid tahun 2 pula, seramai 14 orang murid tidak melepasi check point pertama yang mana mereka secara automatik tidak dapat meneruskan ke check point kedua dan seterusnya.

Seramai 30 orang daripada 181 orang murid yang dapat meneruskan ke check point kedua tidak melepasi check point kedua yang menyebabkan mereka secara automatik tidak dapat meneruskan ke check point ketiga dan seterusnya.

Untuk check point ketiga hingga kelima, seramai lebih kurang 30 - 40 orang murid terkandas di setiap check point ini yang menyebabkan hanya seramai 15 orang murid sahaja yang dapat meneruskan sehingga check point keenam. Murid-murid yang dapat meneruskan ke check point keenam ini kesemuanya tidak dapat melepasi check point ini.

Sesi Pendaftaran Murid


Check Point Pertama


Murid Tidak Melepasi Check Point Pertama


Check Point Kedua


Check Point Ketiga


Check Point Keempat


Check Point Kelima


Check Point Keenam

No comments: