Friday, May 4, 2018

LAWATAN KE KIDZANIA KUALA LUMPUR

Pada hari Rabu, 3 Mei 2018,  unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu lawatan ke Kidzania di Kuala Lumpur. Sebilangan murid-murid Tahun 2 & Tahun 3 (sesi petang) telah menyertai program ini. JPN Selangor menamakan program ini "Program Adiwira Selangor Road to Kidzania " Tahun 2018.
Tujuan program ini adalah untuk melahirkan ikon murid yang mempunyai ciri-ciri ketrampilan, bijak mengurus kewangan, mempunyai minda yang cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak mulia. Murid-murid ini telah didedahkan dengan kemahiran dan pengalaman dalam bidang kerjaya seperti kerjaya sebagai kakitangan kerajaan LHDN, bidang pekerjaan penyiaran, krew penerbangan, pasukan penyelamat seperti doktor, polis dan bomba serta pelbagai pekerjaan yang menarik. Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi semangat kepada murid-murid agar lebih beriltizam dan bercita-cita tinggi.














No comments: