Monday, May 21, 2018

Pelancaran Ihya Ramadhan Dan Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 2018M/ 1439H

Alhamdulillah, tanggal 21 Mei 2018 bersamaan 5 Ramadhan 1439 H, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya melancarkan Proram Ihya Ramadhan serta Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 

Acara dimulai dengan ucapan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Ustaz Adnan bin Mustafa sambil disusuli dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh beliau. Selesai sahaja tazkirah Ramadhan, program diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar, Puan Siti Habsah binti Ahmad. 
Semua guru dan murid khusyuk mendengar amanat Ramadhan yang disampaikan oleh beliau.
Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Siti Habsah binti Ahmad untuk merasmikan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sesi 2018. Terima kasih diucapkan.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab antaranya Kuiz Permata Islam, Teka Silangkata, Hafazan Juzuk Amma, Mewarna Kad Hari Raya, Tazkirah Ramadhan, Tadarrus Al-Quran dan sebagainya. 

Apabila selesai majlis perasmian tersebut, program diteruskan dengan pelancaran Program Lisanu Fil Quran anjuran Musolla Al-Ikhsan. Majlis dimulai dengan ucapan ringkas oleh Ustazah Nor Hanim binti Ismail selaku Penyelaras Musolla. Beliau menyampaikan taklimat mengenai program tersebut. Seterusnya majlis menjemput PK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun untuk merasmikan Program Lisanu Fil Quran sesi 2018. Terima kasih diucapkan.

Lensa Kamera

Ucapan oleh Ketua Panitia

 Ucapan oleh Guru Besar


Perasmian oleh Guru Besar


 Persembahan Murid

 Taklimat Program Lisanu fil Quran


 Perasmian oleh PK HEM





No comments: