Wednesday, June 27, 2018

Program Motivasi Murid Tahun 5 & 6 " Terbanglah Jauh" 2018

Pada 27 Jun 2018, Rabu - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan sebuah Program Motivasi untuk murid tahun 5 & 6 yang bertajuk " Terbanglah Jauh". Tujuan program ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan UPSR.
Slot pertama adalah Strategik belajar yang di sampaikan oleh En. Hakim. Beliau memberikan tips "Study Smart".
Slot seterusnya disampaikana oleh Kapten Rahmat B. Johari, slot beliau memotivasikan murid serta menyedarkan murid bahawa kejayaan seseotang tergantung pada individu tersebut.













Tuesday, June 26, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 23 (SESI PETANG)

                        

Tarikh: 25 Jun 2018
Masa: 3.40 - 4.40 petang
Tempat: Dataran Ilmu

Guru Bertugas:
Pn. Y. Nuryati bt Abu Bakar
Pn. Nor Diana bt Amiruddin
Cik Najwa bt Abd Wahab
Pn. Yusnur Aida bt Yusuf



Kata-kata aluan daripada guru bertugas isitu Pn. Nor Diana bt Amiruddin.

Perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian Lagu kebangsaan, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah. Nyanyian lagu dikendalikan oleh Puan Saliza.

Doa dibacakan oleh Adik Ammar Norhazman (3G).


Rukun Negara & Ikrar keselamatan Jalan Raya dibacakan oleh: Pn. 
Nor Diana bt Amiruddin.


Ikrar murid dibacakan oleh: Adik Nor Amalin Adriana (3G).


Laporan Guru Bertugas minggu lepas: Pn Rabiatul Adawidyah bt Idris.
- murid diminta datang ke sekolah sebelum jam 1.15 tengah hari
- murid-murid diminta menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.


Guru Bertugas minggu in. Tema: Gaya Hidup Sihat oleh Pn. Nor Diana bt Amiruddin
- murid-murid digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat.
- murid-murid diingatkan agar tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.

Ucapan Penolong Kanan Petang:
- Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 7 Julai 2018 hari sabtu.
- Memperkenalkan guru baru iaitu Ustaz Soffian bin Abdullah


Perhimpunan rasmi diakhiri dengan Lagu Keranamu Malaysia.

Monday, June 25, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 23

Tarikh: 25 Jun 2018
Masa: 7.30-8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas:
En. Ridzuan Amir b. Mohamad
En. Nasrul Afiq b. Md Desa
Pn. Nurhafizah bt Using
Pn. Diana bt Mohd Yusoff
Pn. Salinda bt Kadri



Perhimpunan Bahasa Inggeris dipengerusikan oleh Pn. Nurhafizah bt Udin.



Perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian Lagu kebangsaan, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah.

Doa dibacakan oleh Adik Ifran Haziq Putra.


Rukun Negara & Ikrar keselamatan Jalan Raya dibacakan oleh: Pn. Nurhafizah bt Udin.


Ikrar murid dibacakan oleh: Adik Daniel Iman.


Laporan Guru Bertugas minggu lepas: Cik Sha. Nurhafizah
- masih ada murid yang datang lambat ke sekolah.
- murid-murid suka berlari-lari di kawasan sekolah.


Guru Bertugas minggu in. Tema: Gaya Hidup Sihat oleh Pn. Nurhafizah
- murid-murid digalakkan makan makanan dan minuman yang berkhasiat dan makanan seimbang.
- banyakkan minum air masak & mineral

Ucapan Guru Besar:
- Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 7 Julai 2018 hari sabtu.
- Ustaz Adnan akan berpindah sekolah ke Putrajaya.
- Perkenalkan guru baru iaitu Ustazah Norizwah.


Perhimpunan rasmi diakhiri dengan Lagu Keranamu Malaysia.

Friday, June 8, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 SESI PAGI

Tarikh     : 04 Mei 2018

Masa       : 7.30 pg- 8.00 pg

Tempat   : Dataran Perhimpunan

GURU BERTUGAS :

1.PN NOR HANIM

2.PN. NORHALIDA

3.EN. IBRAHIM

4.EN. ASMADY

5.CIK SH NURUL HAFIZAH

AKTIVITI:

Perhimpunan pada minggu ini di jalankan secara ringkas kerana murid-murid terlibat dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018.
Pengerusi Majlis : Pn. Nor Hanim
Nyanyian 3 buah lagu (Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah dikendalikan oleh : Nabil dan Adham Fahmi.
Bacaan doa : Pengawas Bertugas.
Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nor Hanim .
Ikrar Murid : Nabil.















UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI :

Disampaikan oleh Pn. Nor Hanim.
Sempena minggu peperiksaan, murid-murid diingatkan untuk menjawab soalan dengan tenang dan jawab dengan bersungguh-sungguh.
Murid-murid juga diingatkan untuk sentiasa menjaga disiplin ketika menjawab peperiksaan.Tema pada minggu ini ialah Toleransi di mana murid-murid diminta untuk menunjukkan sikap toleransi walau di mana mereka berada.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Aku Negaraku.

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2018

Program Dasar warga Emas telah dilaksanakan pada 7 jun 2018, Khamis. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan staff sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dan staff dibahagikan kepada 2 bahagian. Sumbangan ini deberikan kepada dua orang warga emas.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kedua-dua ibubapa. Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga emas. Sesungguhnya pertemuan singkat ini mampu mengubati kerinduan dan kesuntian waga emas.

Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat :
1. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.
2. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
3. Melalui pengalaman menarik dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.
4. Mengembirakan golongan tua yang kesunyian .
5. Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada masa akan datang.









Thursday, June 7, 2018

Sumbangan Kasih Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa 2018

Tarikh: 6 Jun 2018
Hari: Rabu
Masa: 6.00 petang - 8.30 malam
Tempat: Dewan SKPM

Rasional:
Program ini dilaksanakan untuk mengeratkan jalinan silaturrahim dengan warga SKPM, ibu bapa serta penjaga dan murid-murid anak yatim.

Objektif:
  • Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa dan melakukan amalan sunat seperti bersedekah.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan warga SKPM, PIBG, ibu bapa serta penjaga dan murid-murid yang terlibat menerima sumbangan.
  • Mengucapkan rasa syukur dan berkongsi kegembiraan dalam meraih nikmat dan ganjaran di bulan Ramadhan.
Sasaran:
Semua warga SKPM, PIBG, murid-murid anak yatim beserta ibu bapa dan penjaganya.




Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak yatim disempurnakan oleh YDP PIBG, Y.Bhg. Datuk Hasnan bin Abdullah dengan diiringi oleh Pn. Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar, SK Pulau Meranti.






















Bacaan tahlil ringkas.







Majlis seterusnya adalah Majis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan bersurai.