Tuesday, July 31, 2018

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2018



Pada 27 -  28 Julai, Jumaat dan Sabtu- Unit Kokurikulum Sekolah Pulau Meranti telah menganjurkan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Nur Bukit Unggul Eco Resort Jenderam. Ahli-ahli unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari tahap dua telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah berlangsung selama dua hari dan segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Perkhemahan unit beruniform merupakan salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui akativiti-aktiviti yang disediakan murid-murid akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Selain daripada itu, ia dapat mendorong murid-murid menyemai sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. 

Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:
  1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan, guru dan jurulatih.
  2. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
  3. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut :
  1. Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli unit beruniform.
  2. Memberi peluang kepada ahli mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran-kemahiran baharu dalam bidang pendidikan luar dan perkhemahan.
  3. Memupuk semangat kerjasama, sifat berani, sabar, tolong-menolong serta bertolak ansur di antara satu sama lain.
  4. Memberi peluang kepada ahli-ahli unit beruniform menilai dan menguji potensi kepimpinan dan disiplin kendiri masing-masing.
  5. Melahirkan ahli-ahli unit beruniform yang bertanggungjawab dan menghormati diri sendiri, anggota kumpulan, keluarga, agama, masyrakat, bangsa dan Negara.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.

Tarikh    : 27 Julai 2018
Hari       : Jumaat
Tempat  : SK Pulau Meranti
                Nur Bukit Unggul Eco Resort Jenderam

Pendaftaran 
Pendaftaran nama alhi-ahli unit beruniform oleh En. Yusnizan dan penghulu perkhemahan

Tiba di Nur Bukit Unggul Eco Resort Jenderam

Aktiviti memasang khemah
Murid-murid menyediakan peralatan untuk memasang khemah
Murid-murid sedang memasang khemah bersama dengan ahli kumpulan masing-masing
Murid-murid sedang memasang khemah

Permainan kecil antara unit beruniform
Taklimat ringkas mengenai permainan kecil telah diberi oleh Encik. Afiq
Murid-murid melibatkan diri dalam permainan kecil yang telah diadakan

Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang.

Juara : BSMM
Naib Juara : PPIM
Tempat ketiga : PKK
Tempat keempat : TKRS

Makan / Pengurusan diri
Murid-murid mengambil makanan masing-masing

Murid-murid bersiap sedia untuk solat Maghrib

Murid-murid lelaki sedang bersolat

Murid-murid perempuan sedang solat 

Kuliah selepas solat Maghrib telah dijalankan oleh Encik Yusnizan.

Night Walk
Murid-murid berkumpul untuk menjalankan aktiviti Night Walk


Makan malam BBQ /Pengurusan Diri/ Tidur



Tarikh    : 28 Julai 2018
Hari       : Sabtu
Tempat  : Nur Bukit Unggul Eco Resort Jenderam

Solat subuh
Murid-murid sedang bersolat subuh

Kuliah selepas solat subuh telah dijalankan oleh Ustad Sofian

Senaman pagi
Para guru dan murid melakukan senaman yang dikendalikan oleh Puan Saliza dan Cik Venessa

Para murid melakukan akitiviti senaman secara berpasangan
Sarapan pagi
Bacaan doa sebelum makan
Aktiviti Flying Fox
Persiapan peralatan untuk mulakan aktiviti Flying Fox oleh jurulatih

Simulasi memasang alatan keselamatan Flying Fox telah ditunjukkan oleh jurulatih


Murid-murid melakukan aktiviti dengan penuh yakin
Aktiviti Obstacles
Murid-murid melakukan aktiviti melepasi halangan air 

Jurulatih menunjukkan cara untuk melepasi halangan



Majlis penutup dan penyampaian hadiah
Majlis penutup dirasmikan oleh GPK Kokurikulum Datin Nora

Menyampaikan sijil kepada semua peserta perkhemahan

Penyampaian hadiah kepada wakil unit beruniform PKK

Penyampaian hadiah kepada wakil unit beruniform BSMM

Penyampaian hadiah kepada wakil unit beruniform PPIM

Penyampaian hadiah kepada wakil unit beruniform TKRS


Sesi bergambar mengikut unit beruniform 
Sesi bergambar bersama para peserta badan beruniform PKK

Sesi bergambar bersama para peserta badan beruniform BSMM

Sesi bergambar bersama para peserta badan beruniform PPIM

Sesi bergambar bersama para peserta badan beruniform TKRS

Sesi bergambar bersama semua peserta perkhemahan
Makan tengahari dan pulang ke SKPM

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini dapat melahirkan seorang murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Disediakan oleh,

SULOCHANA A/P SIVASELVAM
AJK Blog Perkhemahan Perdana Unit Beruniform









Monday, July 30, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-28 SESI PETANG

Tarikh : 30 Julai 2018
Masa   : 3.40-4.10 petang
Tempat: Dataran Ilmu

Guru bertugas:
1) Pn. Nasibah Bt. Sairi
2) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
3) Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh


  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah : dipimpin En. Riza Feelaqiz
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya : dipimpin Pn. Nasibah
  • Bacaan Ikrar Murid: dipimpin Aisyah Raihanah(3C)
  • Bacaan doa: Muhammad Aliff 
  • Laporan guru bertugas minggu lepas: 
-disiplin terkawal pada minggu lepas
-mengingatkan murid tentang disiplin
  • Ucapan Guru Bertugas Mingguan:
-disampaikan oleh Pn. Nasibah
-Tema keselamatan diri
-Murid diingatkan berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan penyakit berjangkit seperti HFMD
-Murid diingatkan tentang keselamatan di sekolah


  • Ucapan GPK Petang: Pn. Nor Saadah Bt. Abdul Halim
-mengucapkan tahniah kepada semua kelancaran Kem Bestari Solat
-murid diingatkan tentang disiplin dan keselamatan

Perhimpunan diakhiri dengan Lagu Aku Negaraku dan murid bersurai ke kelas masing-masing.