Friday, July 13, 2018

HARI BICARA AKADEMIK KALI 1/2018

Hari Bicara Akademik Ke 1/2018

Pada 12 Julai 2018, Khamis -  SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik ke 1/2018. Hari Bicara Akademik Prasekolah dilaksanakan pada pukul 8.00pagi hingga 10.00pagi, manakala Hari Bicara Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6 telah dijalankan pada pukul 12.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang.

Pengenalan
Hari Bicara Akademik diadakan untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Matlamat
Mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah.

Objektif
·    Suaikenal antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid

·    Mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui             perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.
















Kaunter BSN



No comments: