Wednesday, July 4, 2018

Pelancaran Bulan Panitia Sains & Matematik

Pada 3 Julai 2018, Panitia Sains & Matematik telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Panitia. Sepanjang bulan panitia ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan matlamat utama adalah untuk menarik minat murid-murid SK Pulau Meranti terhadap kedua-dua matapelajaran ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah, Guru Besar SKPM.  Pihak panitia mengharapkan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Guru Besar menyempurnakan Majlis Pelancaran.
Penglibatan para guru dan murid-murid dalam menjayakan majlis.

No comments: