Sunday, July 22, 2018

Perkhemahan Ibadah dan Motivasi

Alhamdulillah Program Perkhemahan Ibadah dan Motivasi yang telah bermula pada hari Jumaat bersamaan 20 Julai 2018 dan berakhir pada hari Sabtu bersamaan 21 Julai 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Program ini adalah di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SK Pulau Meranti. 

Program ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa depan mereka melalui kebergantungan hamba kepada Sang Pencipta. Selain itu, dengan adanya program ini, dapat menyuntik semangat belajar para murid untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan khususnya UPSR yang bakal menjelang tiba.

Matlamat program diadakan bagi mencetuskan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagi murid untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR nanti. Peserta yang disasarkan adalah murid tahun 6 dan sebilangan kecilnnya di kalangan murid tahun 5 SK Pulau Meranti.

Pihak sekolah telah menjemput Exact Training Consultant bagi memberikan penerangan dan  pengisian sepanjang program ini diadakan dengan dibantu oleh para guru SKPM. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fazli bin Abdul Manaf selaku peneraju Exact Training Consultant dan 11 orang fasilitator yang telah banyak mencurahkan bakti dalam memastikan program ini berjalan dengan sebaiknya. Jazaakumullah Khairan Kathira.

Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang program Perkhemahan Ibadah dan Motivasi.

LENSA KAMERA


Pendaftaran peserta

Taklimat oleh penyelaras

Minum petang untuk hari pertama

Dynamic Game
Makan malam untuk hari pertama

Persediaan solat Maghrib, Solat Isyak & Solat Sunat Hajat

Latih tubi membaca doa

Khusyuknya peserta menghafaz doa

Pemilihan calon Penghulu & Timbalan Penghulu

Pemberian tag nama mengikut kumpulan

;
Modul : Kehidupan & Hala tuju 

Slot : Kehidupan & Hala tuju
Qiyamullail dan Solat Subuh berjemaah


Tazkirah Subuh

Permainan : Manara impian

Permainan : Menara Impian

Permainan : Menara Impian

Refleksi Minda & Jati Diri

Refleksi Diri

Perasmian Penutupan

Penyampaian Hadiah Individu (lelaki)

Penyampaian Hadiah Individu (perempuan)

Penyampaian Hadiah Kumpulan Terbaik

Cenderahati kenangan kepada Fasilitator




No comments: