Tuesday, October 30, 2018

PERHIMPUNAN MINGGU KE-40 (SESI PETANG)

Tarikh: 29 Oktober 2018
Masa: 3.40 petang
Tempat: Dataran Ilmu

Guru Bertugas:
1) Pn. Y. Nuryati Bt. Abu Bakar
2) Pn. Nasibah Bt. Sairi
3) Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh
4) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani

1) Pengumuman guru bertugas.
2) Perhimpunan ditangguhkan kerana hujan dan murid beredar ke kelas masing-masing.

               



Monday, October 29, 2018

MAKLUMAN HARI ORIENTASI DAN UJIAN DIAGNOSTIK MURID TAHUN SATU SESI 2019

Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti akan mengadakan Hari Orientasi dan Ujian Diagnostik bagi Murid Tahun 1, 2019 seperti ketetapan berikut : 



Tarikh    :  3 November 2018
Hari        : Sabtu
Masa       : 7.30-11.00 pagi
Pakaian   : T-shirt putih , seluar trek , kasut sekolah



Sehubungan dengan itu, perkara yang perlu dibawa bersama pada hari tersebut adalah :

a)      Alat Tulis untuk Ujian Diagnostik
b)      Fail Peribadi Murid ( semua butiran perlu dilengkapkan)
c)      Borang SMM yang telah dilengkapkan
d)     1 keping gambar berukuran pasport 
e)      1  salinan sijil kelahiran
f)       Slip Gaji Terkini


Atur Cara Hari Orientasi Tahun 1 2019

Waktu
Murid
Ibu Bapa
7.30 pagi
  • Kehadiran ibu bapa/penjaga dan murid-murid Tahun 1 2019
  • Pendaftaran murid
  • Ibu bapa menyerahkan fail / kemas kini fail di Meja Pendaftaran

8.00 pagi



  • Perhimpunan murid-murid Tahun 1 bersama Guru Kelas dan Guru Pembantu di Dataran Perhimpunan.
  • Ucapan Pengacara Majlis  
  • Bacaan Doa
  • Murid-murid masuk ke kelas bersama guru kelas dan guru pembantu

  • Ibu bapa/penjaga berada di Dewan SKPM
  • Taklimat Ringkas oleh Puan Guru Besar
  • Taklimat Cara Mengenali Murid Pendidikan Khas oleh Pn. Mazlifah bt Mohamad
  • Taklimat  Kurikulum dan Transisi oleh En. Mohd Azmin b. Atan
  • Taklimat Disiplin  -  En. Mohd Helmi Jumri
  • Taklimat SPBT  -  Pn Norsaliza binti Abd Ghani
  • Taklimat LINUS  -  Pn  Saliza binti Ahmad Salleh

8.15 pagi
  • Semakan kehadiran murid di dalam kelas
  • Taklimat Umum Disiplin Murid
  • Taklimat Ujian Diagnostik dan edaran kertas soalan

8.30 – 10.30 pagi
Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik
10.30 pagi
Aktiviti Lawatan Orientasi
  • Lawatan dan pengenalan tempat-tempat di dalam kawasan sekolah (tandas, kantin, kedai buku dan bilik guru)

11.00 pagi
  • Ibu bapa mengambil anak-anak di kelas masing-masing
  • Bersurai

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 40 (SESI PAGI)

Tarikh : 29 Oktober 2018

Hari    : Isnin

Masa  : 7.20 pg hingga 8.00 pg

Guru Bertugas Sesi Pagi :

1. Pn Norhalida

2. Pn. Norhanim

3. Cik Sharifah Nurul Hafizah

4. En. Ibrahim

Aktiviti:



Pengerusi Majlis                  : Pn Norhalida

Nyanyian                             : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah (Ainun Nisa)

Bacaan Doa                         : Mohd Faris

Ikrar Rukun Negara            : Pn Norhalida

& Keselamatan Jalan Raya

Ikrar Murid                          : Mohd Usyair

Ucapan Guru Bertugas :

Pn. Norhalida menerangkan tema pada minggu ini iaitu Besederhana. Kita perlu besederhana dalam semua aspek hidup kerana sikap ini akan memberi banyak manfaat dalam hidup kita.

Ainun Nisa memimpin nyanyian lagu-lagu rasmi perhimpunan.

Faris memimpin bacaan doa.

Usyair memimpin bacaan ikrar murid.

Pn. Norhalida meminpin bacaan ikrar sekolah.

Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Siti Aniqah

Penerangan Tema Perhimpunan Minggu ini

Ucapan GPK Ko-ku , Datin Nora

Ucapan GPK HEM, Datin Noraizah

Saturday, October 27, 2018

BENGKEL MEMBACA EKSPRESS

Pada 27 Oktober 2018 (Sabtu), Program LINUS dengan kerjasama Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan satu Bengkel Membaca Ekspress bertempat di Dewan Meranti. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 menyertai bengkel ini. Penceramah dan Fasilitator dikendalikan oleh Founder FQGENIUS Hometuition iaitu Puan Norhamizah Binti Yaacob. Bengkel ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

Objektif bengkel ini diadakan ialah :

  • Meningkatkan prestasi murid dari segi penguasaan 4M dengan lebih cepat.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menguasai kemahiran 4M.
  • Menarik minat murid untuk terus belajar mengikut perkembangan semasa.
  • Memperkenalkan bahan pengajaran dalam bentuk modul kepada murid.

Tentatif bengkel seperti berikut;


Masa
Perkara/ Aktiviti
7.30 pagi
·         Pendaftaran ibu bapa dan murid
·         Sarapan pagi
8.00 pagi
·         Pengenalan Tentang Tajuk Bengkel
·         Suai Kenal –Aktiviti Pemanasan Badan
8.30 pg
·         Pengenalan Huruf ABC
·         Aktiviti
9.30 pagi
·         Modul 1 (Pengenalan Suku Kata Terbuka –A-ZA)
·         Bunyikan (a,e,i,o,u)
·         Aktiviti
10.00 pagi
·         Gabungan Suku Kata Terbuka
·         Aktiviti
11.00 pagi
·         Pengenalan Vokal Berganding
·         Aktiviti
11.30 pagi
·         Suku Kata dan Gugusan Konsonan
·         Aktiviti dan Bercerita
12.00 tengahari
·         Membaca Cerita Pendek
·         Kuiz dan Permainan
·         Rumusan dari semua tajuk
·         Sesi soal jawab
12.30 tengahari
Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah
12.45 tengahari
Bersurai


Alhamdulillah, bengkel berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru LINUS yang menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini demi kemenjadian murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.Semoga usahasama ini memberikan impak yang positif dalam modal insan yang cemerlang dan terbilang dalam kehidupan harian mereka.

















Wednesday, October 24, 2018

PROGRAM MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH 2018

Pada15 Oktober 2018 ,Isnin Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program Melangkah Ke Sekolah Menengah. Pn. Nik Norfadzlida Bt Che Hashim dan Hasliza Bt Hassan Kaunselor dari Sekolah Menengah Putra Perdana telah dijemput sebagai penceramah.
Zaman persekolahan sekolah rendah sudah hampir ke penghujung bagi murid-murid sekolah tahun 6. Justeru itu menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan murid dari aspek mental untuk mereka melangkah ke sekolah menengah agar mereka tidak mengalami kejutan budaya.

Tujuan program ini adalah :-
  •  Mendapat info yang betul tentang sekolah menengah.
  • Dapat mempersiapkan diri secara mental.
  • Tahu cara mengurus diri dan menangani masalah yang mungkin berlaku.










Monday, October 22, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PAGI)

Tarikh : 22 Oktober 2018
Hari    : Isnin
Masa  : 7.20 pg hingga 7.45 pg

Guru Bertugas Sesi Pagi :
1. Pn Che Mariah Binti Ngah
2. Cik Siti Aniqah Binti Saineh
3. Pn Siti Juitah Binti Ibrahim
4. Cik Shamni
5. Cik Aini

Aktiviti:

Pengerusi Majlis                  : Pn Che Mariah Binti Ngah
Nyanyian                             : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah (Aiza)
Bacaan Doa                         : Naqib Zakwan
Ikrar Rukun Negara            : Pn Che Mariah Binti Ngah
& Keselamatan Jalan Raya
Ikrar Murid                          : Adeena Safiyya Binti Hilmi





Ucapan Guru Bertugas :

  • Pn Che Mariah mengingatkan murid untuk menjawab Peperiksaan Akhir Tahun dengan tenang.
  • Murid-murid juga diingatkan tentang peraturan semasa menjawab Peperiksaan Akhir Tahun dan sentiasa menjaga disiplin sepanjang minggu peperiksaan.
  • Semua murid perlu hadir sepanjang minggu peperiksaan dan perlu memberi surat akuan dari klinik jika tidak hadir.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PETANG)

Tarikh  : 22 Oktober 2018
Masa    : 3.40 - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:
  1. CIK NAJWA BINTI ABDUL WAHAB
  2. PN. SHAMSIAH BINTI DAUD
  3. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  4. EN. SOFIAN BIN ABDULLAH

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis : Cik Najwa Binti Abdul Wahab
  • Bacaan Doa : Muhammad Ammar Bin Nor Haziman (3G)
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Cik Najwa Binti Abdul Wahab
  • Ikrar Murid : Nor Amalin Adriana (3G)





***Perhimpunan ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Peperiksaan Akhir Tahun 2018.

Sunday, October 21, 2018

LAWATAN 2 HARI 1 MALAM KE CAMERON HIGHLAND

SK Pulau Meranti telah mengadakan lawatan ke Cameron Highland bersama 71 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 diiringi oleh 7 orang guru pada 18 hingga 19 Oktober baru-baru ini. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi dan tiba di Mardi Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 1.20 petang.

Semua murid ditempatkan di 6 buah apartment milik Mardi manakala guru-guru pula menginap di rumah penginapan Mardi. Semua murid dan guru diberi makan tengah hari terlebih dahulu sebelum melawat Ladang Lebah dan kemudian Ladang Kaktus. Semua murid dan guru kembali ke rumah penginapan pada jam 6.00 petang.

Pada hari kedua, murid-murid dibawa ke Taman Mardi, Ladang Strawberry, Pasar Kea Farm dan Ladang Teh Boh. Rombongan bertolak balik pada jam 4.30 petang dan sampai di sekolah pada jam 9.15 malam.


Murid-murid berkumpul sebelum menaiki bas







Sampai di tempat penginapan





Melawat Ladang Lebah









Melawat Ladang Kaktus
















Melawat Taman Mardi











Lawatan ke Ladang Teh Boh