Monday, January 7, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2 SESI PETANG

Tarikh   : 7 Januari 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 3.40 petang - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu

GURU BERTUGAS:

  • Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:

  • Pengerusi Majlis : Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Bacaan Doa : Amar Iskandar Bin Abu Yazid
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Ikrar Murid : Nur Qalesya Hannah
  • Nyanyian 3 Buah Lagu dipimpin oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri



LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:

  • Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz.
  • Murid-murid diingatkan sekali lagi agar datang awal ke sekolah dan tunggu di kantin sehingga loceng dibunyikan.
  • Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan kelas-kelas Tahun 6 kerana ada PDP sedang berjalan.
  • Tiada sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang minggu lepas dilaporkan.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN:
  • Disampaikan oleh Pn. Nor Izwah.
  • Tema pada minggu ini ialah peraturan sekolah.
  • Pn. Nor Izwah memberitahu murid-murid bahawa mengikuti segala peraturan sekolah seperti yang terdapat di dalam buku disiplin sekolah.
  • Murid-murid boleh memakai kasut hitam beserta stoking hitam atau kasut putih beserta stoking putih.
  • Lencana juga harus ditampal pada tudung bagi murid perempuan dan di atas saku bagi murid lelaki.
  • Murid-murid dikehendaki berkumpul di Dataran Ilmu, 10 minit sebelum loceng PDP iaitu pada jam 1.20 petang.
  • Sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.

LAPORAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Pn. Nor Saadah Binti Abdul Halim.
  • Pn. Nor Saadah mengingatkan murid-murid sekali lagi mengenai peraturan sekolah.
  • Murid-murid yang tidak mengikuti peraturan sekolah akan diambil tindakan.
  • Murid-murid haruslah membawa keperluan buku sekolah mengikut jadual waktu yang telah diedarkan oleh guru kelas.
  • Murid-murid juga diingatkan agar membawa air masak yang secukupnya kerana musim panas.


**Perhimpunan rasmi ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

No comments: