Saturday, May 25, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 1440H

Alhamdulillah, pada 24 Mei 2019 bersamaan hari Jumaat, satu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya dilaksanakan. Majlis tersebut ialah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 1440 Hijrah. 

Antara objektifnya ialah untuk memberi pengalaman kepada murid menghidupkan bulan Ramadhan dengan cara bertadarrus secara berkumpulan. Selain ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan semua warga sekolah.

Majlis dimulai dengan bacaan Yasin di Dataran Perhimpunan. Semua guru dan murid mulai berkumpul seawal jam 7.20 pagi. Bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz Tn. Haji Sofian bin Abdullah.



Selesai bacaan Yasin semua murid Prasekolah dan Tahap 1 dibenarkan masuk ke kelas masing-masing untuk pertandingan mewarna sampul raya dan mencipta kad raya. Manakala murid Tahap 2 masuk ke dewan untuk pengisian Tazkirah Ramadhan. Tazkirah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri.

TAZKIRAH RAMADHAN



PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA PRASEKOLAH





PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA TAHUN 1




PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA TAHUN 2&3




Selesai tazkirah Ramadhan, acara diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Tuan Hj Sofian bin Abdullah.


 ACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 






Selesai acara Khatam Al-Quran majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada semua peserta khatam Al-Quran. Tahniah diucapkan.


CENDERAHATI UNTUK PESERTA KHATAM AL-QURAN





Semua murid masuk ke dewan untuk majlis pemberian Sumbangan Aidilfitri kepada murid yang layak menerima bantuan. Sumbangan ini di bawah Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid. 


SUMBANGAN SEMPENA AIDILFIRI





Majlis berakhir pada jam 11.40 dengan acara bersalam-salaman antara semua guru dan murid serta warga SK Pulau Meranti. Sehingga berjumpa lagi untuk Ramadhan tahun hadapan. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, May 21, 2019

PROGRAM MOTIVASI " SENTUHAN KEROHANIAN" 2019

Pada 21 Mei 2019 Selasa, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan progrom motivasi bertajuk " Sentuhan Kerohanian" kepada semua murid tahap 2. Ustaz Abu Hassan Bin Maiden merupakan penceramah bagi program ini.

PENGENALAN
Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik.
Bagi membolehkan murid mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa murid juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini.

RASIONAL
Program Motivasi Sentuhan Kerohanian, diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan murid semasa tahun peperiksaan. Program ini menanggapi murid dari segenap aspek kehidupannya sebagai murid iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan murid.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan dunia dan akhirat.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, Tuhan, Keluarga, Bangsa Dan Negara.
  • Melahirkan murid yang soleh dan solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan ibadah di dalam kehidupan.
  • Menyedarkan murid bahawa sikap negetif boleh menghalang kejayaan insan
















Friday, May 17, 2019

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BULAN 2, 3,4 & 5 MURID TAHUN 1 2019

Pada 17 MEI 2019 - Jumaat, Unit Hem menyambut ulang tahun kelahiran murid tahun 1 SKPM bulan Februari, Mac, April dan Mei, sebahagian aktiviti dari Program Guru Penyayang.
Guru Penolong Kanan HEM, Datin Noraizah memberikan "cenderamata" kepada semua murid tahun 1 yang lahir bulan februari, mac, april dan mei
Tujuan program ini adalah untuk mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.













Thursday, May 16, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 19 SESI PAGI 2019

Tarikh    : 13 Mei 2019
Hari       : Isnin
Masa     : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SKPM


GURU BERTUGAS

1. Puan Noni bt Said
2. Puan Nor Diana bt Amiruddin
3. Encik Asmady bin Mohamed
4. Encik Ridzuan Amir bin Mohamad
5. Puan Hayati binti Kamis


  • Perhimpunan pada pagi ini sangat ringkas kerana minggu ini adalah minggu peperiksaan.
  • Antara aktiviti - aktiviti dalam perhimpunan pagi adalah :-


BACAAN IKRAR MURID, JALAN RAYA 




BACAAN IKRAR GURU



BACAAN DOA


BARISAN PENTADBIR DAN GURU


Perhimpunan pagi diakhiri dengan amanat dan ulasan oleh penolong kanan 1, En Azmin bin Atan. Murid-murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing untuk menghadapi peperiksaan.