Monday, July 29, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 28,29.7.2019 -Sesi Pagi

                       

                                               
               
           Tarikh: 29.7. 2019

           Tema: Sayangi Diri Sendiri

           Tempat: Tapak Perhimpunan SKPM

            Guru Bertugas: Kumpulan 3

            1. Puan Siti Juitah Binti Ibrahim
            2. Puan Rabiatul
            3. Puan Shurainee Hanim
            4. Cik Siti Aniqah
            5. En. Khiril Nizam

            Aktiviti:

             Pengerusi Majlis  :  Puan Shurainee Hanim
             Bacaan Doa          : Mohammad Jamsyir Ikram
             Kondak Lagu        : Adeena Safiah
             IKrar Rukun Negara/ Keselamatan Jalan Raya : Puan Shurainee Hanim
             Ikrar Murid           : Nuradriana Batrisyiah
             Nyanyian Lagu Negaraku,Negeri Selangor, Lagu Sekolah


            Laporan Bertugas Minggu Lepas

            * Disampaikan oleh En.Mohamad Nasrul Afiq

               - Murid berada dalam keadaan baik.
               - Berharap semua murid sentiasa mengikut peraturan sekolah
               - Sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan sekolah.







                                                   
             
     
            Laporan Guru Bertugas Minggu Ini

            - Disampaikan oleh Puan Shurainee
            - Tema pada minggu ini ,Sayangi Diri Sendiri
            - Murid harus sayangi diri sendiri,sayangi harta benda sekolah
            - Murid perlu cemerlang,berdisiplin,beradap
            - Puan Shurainee memperkenalkan guru-guru bertugas sepanjang minggu ke 28.
            - Sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada guru bertugas pada minggu ini.







                                                     




                                   

             Ucapan Penolong Kanan HEM, Datin Noraizah bt. Dun

             - Mengingatkan semua murid Tahun 6, hari ini menduduki UPSR.
             - Murid Tahun 1,4,dan 5 tidak dibenarkan melalui kawasan dewan peperiksaan.
             - Ketika pertukaran waktu guru mengajar, semua murid tidak membuat bising dalam
                kelas.
             - Menegur sikap murid yang suka membuang sampah sarap, dimerata tempat.
             - Murid tidak dibenarkan menjual barangan/ makanan di sekolah.
             - Murid-murid diingatkan agar membawa bekalan makanan dari rumah.






                                                                             









                                                                         
                                                                         

                                                                               



                                                                               
         
                   




                Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi




                                                     



             



             



               

             

             



             





           





         


         

Tuesday, July 23, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh      : 27 julai 2017
Hari         : Isnin
Masa       : 3.40 -4.10 petang
Tempat    : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  • Pn. Norizawah Binti Abd. Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Pn. Nur Shahanim Binti Shahidi


AKTIVITI:

  • Pengerusi Majlis: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Bacaan Doa: Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Ikrar Murid: Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.





LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh Cik Sulochana.
  • Ada beberapa kes kecederaan murid pada minggu lepas dilaporkan.
  • Murid-murid perlulah menjaga diri sendiri terutamanya aspek keselamatan di dalam kawasan sekolah.
  • Murid-murid juga diingatkan agar tidak berlari dan bermain di laluan Bilik Muzik dan Prassekolah.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Binti Sairi.
  • Tema pada minggu ini ialah "Hormat-Menghormati".
  • Definisi hormat-menghormati ialah memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
  • Hormat-menghormati adalah salah satu nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap semua orang.
  • Murid yang menghormati antara sama lain sesama murid, guru dan orang disekeliling akan diberi ganjaran sticker sebagai penghargaan.
  • Pn. Nasibah memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
  • Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk kepada guru yang bertugas.
  • Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa pada hari Rabu (24 Julai 2019).



PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA BULAN PANITIA MATEMATIK & SAINS
  • Disampaikan oleh Puan Hajah Nor aini Binti Mohd Bahari, Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti.










UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari.
  • Beliau menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini sempena pendidikan sivik iaitu "Homat-Menghormati".
  • Hormat kepada guru, kawan-kawan, ibu bapa dan orang sekeliling.
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang menyertai pertandingan sempena bulan panitia Matematik dan Sains.
  • Murid-murid diingatkan agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri memandangkan ramai murid yang kurang sihat pada minggu lepas.


***Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Monday, July 22, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 27 (SESI PAGI)

Perhimpunan pada hari ini (Isnin - 22/7/2019) minggu 27 telah dikendalikan oleh pasukan Pengakap Kanak-Kanak SK Pulau Meranti. Mereka adalah Nadia Naziha (5G), Arief Luqman (5G), Fayyadh Wijdan (5G), Aqif Aisy (4G) dan Muhammad Fahmi (4C).


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu yang dipimpin oleh Muhammad Fahmi dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya yang dibacakan oleh Pn. Maziana dan Ikrar Murid yang dibaca oleh Aqif Aisy dan Persetiaan Pengakap yang dibaca oleh Muhammad Fahmi. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa pagi dan Surah Al Qariah ayat 1-8 oleh Arief Luqman. Pengacara majlis iaitu Nadia Naziha mengumumkan nama guru bertugas pada minggu ini iaitu En. Nasrul Afiq, Pn. Norjaya, Pn. Maziana, Pn. Sugunah dan Pn. Nirawaty.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Ali-Imran ayat 1- 8 oleh Fayyadh Wijdan beserta tafsiran dan pengenalan surah yang diterangkan oleh Nadia Naziha. Seterusnya majlis diteruskan dengan  laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya oleh Ustazah wan Sarinah. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian bintang kepada pemenang Kelas Terbersih untuk 2 minggu. Pemenangnya adalah kelas 6G, 6C, 6W, 5G, 4G, 4C dan 4W. Hadiah telah disampaikan oleh Datin Noraizah binti Dun.

Majlis diteruskan pula dengan penyampaian hadiah oleh Panitia Sains sempena Penutupan Bulan Sains. Antara aktiviti yang dijalankan sempena bulan Sains adalah Membuat Model Haiwan Imaginasi untuk Tahun 1, Tahun 4,Pesta Buah-Buahan dan Tahun 6, Peningkatan UPSR. Kesemua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pn. Siti Habsah, Guru Besar SK Pulau Meranti.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadiran SK Pulau Meranti, En.Mohd Azmin bin Atan. Beliau mengingatkan tentang pentingnya hormat-menghormati didalam kehidupan kita. Sebagai contoh, ketika menyanyikan lagu rasmi Negaraku,kita seharusnya menghormati lagu tersebut dengan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan berdiri tegak.

Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Surah Al - Asr pada jam 8.25 pagi.

Gambar sekitar perhimpunan (22/7/19)

Pemenang Kelas Terbersih 

Guru-guru panitia Sains yang 'awesome'!!

Pemenang Tahun 1 aktiviti membuat Model Haiwan Imaginasi

Pemenang Tahun 4 -Aktitivi Pesta Buah-Buahan

1.Ucapan PK Pentadbiran
2. Laporan Guru Bertugas
3. Bacaan Ikrar 
4. Pengakap kanak-Kanak in action!!!

Sekian, Laporan pada hari ini. Terima kasih.

Saturday, July 20, 2019

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS FASA 2

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS 
FASA 2

Pada 20 Julai 2019, satu bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris Fasa 2 kepada murid-murid tahun 6 sesi 2019 telah diadakan sebagaimana butiran berikut : 

 Ã˜ TARIKH   : 20 APRIL 2019 Ã˜ HARI       : SABTU Ã˜ MASA     : 8.30 PAGI – 11.30 PAGI Ã˜ TEMPAT : DEWAN SK PULAU MERANTIØANJURAN:PANITIA BAHASA INGGERIS, SK PULAU MERANTI

     PENGENALAN:

      Merupakan program tahunan SK Pulau Meranti yang bertindak sebagai satu wahana :


  •      memberi pendedahan, 
  •        perkongsian pengalaman,
  •       mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu calon-calon dalam   menjawab soalan-soalan UPSR format terbaharu 2019.
  
    OBJEKTIF : 
  •        Membina keyakinan dalam menghadapi UPSR,
  •       Meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan terutamanya    penulisan, 
  •       Menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala aspek, 
  •       Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.
     TENTATIF: 
    8.00 – 8.30      : Pendaftaran 
     8.30  : Ketibaan ibu bapa 
        : Ucapan Pengerusi Majlis 
        : Penerangan Teknik Menjawab Soalan Kertas 2 oleh  V.  Ganes Moorthy A/L R. Vethiah
              : Sesi Mengaplikasi Teknik dan Menjawab Modul
              : Penyampaian Cenderahati 
              : Slot PLC oleh En. Ridzuan Amir 
     11.3o : Bersurai

   SEKILAS DARI LENSA KAMERA… 









Thursday, July 18, 2019

MINI PAMERAN SAINS SEMPENA BULAN PANITIA SAINS DAN KERJASAMA PANITIA MATEMATIK

Mini Pameran Sains SKPM 2019 Sempena Bulan Panitia Sains Dan Kerjasama Panitia Matematik

Tarikh 18hb Julai menjadi sejarah apabila Panitia Sains dapat menjayakan Mini Pameran hasil kerja murid.

Pelancaran Mini Pameran di bilik RBT



Dilancarkan oleh Datin Nora Bt. Yusof PK. Kokurikulum


Sudut Pameran

Kelas 1 Gemilang





Kelas 1 Cemerlang






Kelas 1 Wawasan






Eksprimen oleh murid

1. Membuat Aiskrim




2. Gunung Berapi





3. Nyalaan Mentol





Permainan Menguji Minda



Pelancaran Roket bersama Guru Panitia Matematik




Lensa Kamera





Terima kasih dan tahniah pada semua