Monday, July 8, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 25 (Sesi Petang)

Tarikh   : 8 Julai 2019
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa    : 3.40-4.10 petang

Guru Bertugas :
1) Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
2) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
3) Puan Nor Syazwani binti Hamzah

Pengerusi Majlis : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

Aktiviti Minggu Ini  :
1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : Mohd Najmi bin Johan (3C)
3) Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
4) Ikrar Murid : Aulia Chairunnisa (3G)
5) Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

6) Ucapan Guru Bertugas 
Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
Tema : Menghargai Masa
- Murid hendaklah menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah.
- Masa yang terluang boleh diisi dengan membaca buku, mengadakan perbincangan tentang subjek
  atau mengulangkaji pelajaran.

7)Laporan Bertugas Minggu Lepas:
  Disampaikan oleh Pn Y Nuryati
- Kehadiran murid kurang memuaskan.
- Ramai murid demam memandangkan cuaca agak panas kebelakangan ini.
- Beliau berharap agar murid sentiasa menjaga kesihatan diri dan banyak minum air masak.

8)Ucapan  Penolong Kanan Petang
   Tiada.

9)Hal-hal Lain
- Guru bertugas memaklumkan aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ialah UNIT BERUNIFORM.
- Pn Nasibah mengingatkan murid agar membawa buku tulis dan buku aktiviti setiap hari kerana
  semakan buku tulis dan buku aktiviti oleh pihak pentadbir telah mula dijalankan.


LENSA KAMERA

Bacaan Doa

Ikrar Murid

Ikrar Rukunegara & Ikrar Keselamatan Jalanraya

Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Guru

Barisan para guru dan pentadbir


No comments: