Monday, July 1, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-24 ( SESI PAGI )

Hari       : Isnin
Tarikh   : 1 Julai 2019
Masa     : 7:30 pagi - 8:00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan


GURU BERTUGAS :
1) Pn. Nurhafizah binti Udin
2) Pn. Che Mariah binti Ngah
3) Pn. Idayu binti Ayob
4) Cik Najwa binti Abd Wahab
5) En. Gopi a/l Rangaya


Ahli kumpulan guru bertugas.
Dari kiri atas : Sir Gopi, Ustazah Najwa
Dari kiri bawah : Madam Nurhafizah, Cikgu Ayu, Ustazah Mariah


AKTIVITI :

  • Pengerusi Majlis : Pn. Idayu binti Ayob
  • Bacaan Doa : Khairul Wafiy bin Izran Maswan ( 5 G )
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Idayu binti Ayob
  • Ikrar Murid : Nuradriana Batrisyia binti Nordin ( 6 G )
  • Nyanyian Lagu Negaraku : Aiza Aryana binti Zulkarnain ( 6 G )

Ikrar Murid diketuai oleh Ketua Pengawas, Nuradriana Batrisyia

Bacaan Doa dipimpin oleh Khairul Wafiy

Nyanyian lagu dikendalikan oleh Aiza Aryana

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS :
  • Disampaikan oleh Pn. Norhanim binti Ismail.
  • Ustazah Norhanim mengingatkan kepada semua murid supaya datang awal ke sekolah.
  • Ustazah Norhanim juga mengingatkan murid supaya tidak berlegar-legar dan beratur di dataran berbumbung selepas waktu rehat untuk masuk ke kelas.
  • Ustazah juga berpesan supaya murid membersihkan kelas sebelum pulang dan kelihatan kemas dan teratur untuk murid sesi petang menggunakan kelas tersebut.

Ustazah Norhanim menyampaikan laporan bertugas minggu lepas

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI :
  • Disampaikan oleh Pn. Idayu binti Ayob.
  • Tema pada minggu ini ialah Usaha Tangga Kejayaan.
  • Murid-murid perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.
  • Tidak mudah putus asa apabila gagal dalam melaksanakan sesuatu perkara.
  • Istiqomah dan berterusan untuk melakukan sesuatu perkara.

LAPORAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS :
  • Disampaikan oleh Pn. Suriatie binti Che Lah.
  • Kelas yang ceria dan bersih ialah kelas 4 Cemerlang, 6 Wawasan dan 4 Gemilang.

Penyampaian cenderamata kepada wakil kelas yang menang, disampaikan oleh Datin Noraizah

LAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID :
  • Disampaikan oleh Datin Noraizah binti Dun.
  • Beliau menekankan tentang disiplin murid semasa perhimpunan. Jika murid lewat sampai perlu beratur di belakang barisan. 
  • Beliau juga mengingatkan agar murid menutup suis lampu dan kipas semasa meninggalkan kelas.
  • Murid juga tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi dalam kelas dan tidak boleh mengambil kerusi di bilik-bilik khas.
Datin Noraizah menyampaikan amanat.
Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 8:05 pagi.

No comments: