Tuesday, July 15, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 21

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 21

TARIKH: 14 JULAI 2025

TEMPAT: DATARAN BERBUMBUNG 


GURU BERTUGAS 

1. EN. MOHD UZZAIR AMIN BIN SUHAIDAN 

2. PN. ALYAA BINTI RAMLI

3. EN. NOORHISHAM  BIN MOHD NOOR

4. PN. NORJAYA BINTI SUMALEH 

5. PN. MAHFUZAH BINTI ZAKUAN


PENGACARA MAJLIS : ADIK SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL



Nyanyian Lagu

1. Lagu Negaraku

2. Lagu Negeri Selangor

3. Lagu Sekolah


Bacaan doa oleh adik Muhammad Asfa Marzuqi bin Mohd Razali


Bacaan Ikrar

1. Rukun negara

- Disampaikan oleh adik Syauqina Nur Hannani binti Shaiful Rizal



2. Sekolah

- Disampaikan oleh adik Nur Hanina Maisarah binti Salamun Hedayat



Ucapan/ Laporan Guru Bertugas Minggu lepas





- Disampaikan oleh Puan Aznizah

- Teguran dan peringatan kepada semua murid agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

 Disampaikan oleh Pn. Alya

- Memperkenalkan guru bertugas mingguan

- ulasan tentang Tema " Berfikiran positif" dalam kehidupan seharian dan sebagai seorang pelajat..

- Mengingatkan murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah, keselamatan yang telah ditetapkan dan tidak berada di kawasan pembangunan.


Penyampaian Sijil dan Penghargaan 

1. Penyampaian baju unit Uniform kepada murid

- Disampaikan oleh Puan Rosmah binti Jamat (PK. Pentadbiran)


- Murid yang telah terpilih ialah adik Nur Syuhaiza binti Mohd Asmuri


2. Penyampaian hadiah kepada pembaca Nilam

- Disampaikan oleh Puan Rosmah binti Jamat (PK. Pentadbiran)



- diberikan kepada murid Tahun 4


Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)




- Disampaikan oleh Puan Fauziah binti Salehoddin (GPK. HEM)

- Teguran dan nasihat beliau ialah:

a) Kehadiran sewaktu PDPR

- Murid kena menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru
- Tidak menyiapkan tugasan dikira ponteng.

b) Kebersihan kelas

- Murid dinasihatkan agar mengambil masa 5 minit untuk membersihkan kelas sebelum PDPC berlangsung.
- Banyak kelas tidak bersih dan murid tidak menjaga kebersihan kelas

c) Disiplin

- semua perlu mematuhi peraturan sekolah.
- pastikan lencana dan tanda nama telah ditampal.
- murid juga perlu menjaga kebersihan diri terutamanya rambut dan kuku.

d) Pakaian unit beruniform

- Minggu perhimpunan unit beruniform, murid digalakkan memakai pakaian unit beruniform masing-masing
- sekiranya tiada murid perlu memakai baju seragam sekolah
- murid tidak dibenarkan memakai pakaian sukan

e)Kehadiran lewat

- Murid perlu hadir awal ke sekolah
- Murid tidak boleh hadir terlalu lewat ke sekolah 

f) Keselamatan

- Memaklumkan  sekolah masih dalam proses naik taraf
- murid perlu menjaga keselamatan terutamanya jika pergi ke tandas
- murid jangan berlari dan bermain tolak-tolak jika berada di dalam kawasan sekolah.


Perhimpunan ditangguhkan pukul 8.15 pagi

Monday, July 14, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-20 (SESI PETANG)

KUMPULAN BERTUGAS (KUMPULAN 1)

  •  Tarikh: 7 Julai 2025 - 11 Julai 2025
  •  Minggu: 20
  •  Tempat: Dataran Berbumbung
  •  Tema: Bertolak ansur
  •  Kumpulan: 1

Guru Bertugas:
  • PN. NUR SYAZWANI (K)
  • EN. MUHAMMAD ALIFF SHAH
  • PN. SUGUNAH
  • PN. NURUL NABILAH


Ucapan Guru Bertugas Minggu :
  • Tema: Bertolak ansur
  • Cikgu Nur Syazwani  meminta murid-murid bertolak ansur terutama sepanjang PDPR semasa menggunakan gajet untuk melakukan tugasan PdPR di rumah serta memudahkan urusan ibu bapa. Murid-murid dinasihatkan agar berhati-hati semasa ke tandas sepanjang proses penambahbaikan banggunan sekolah dijalankan.

Pengawas Bertugas:

  • Pimpinan Doa: Aisy Muammar (2C)
  • Pimpinan Rukun Negara: Dhia Nisrina (2C)
  • Pimpinan Ikrar Murid: Putri Awra Sofea (2C)



LENSA KAMERA:


























Wednesday, July 2, 2025

Pertandingan Madah Intelek Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) (MiPERS) Tahun 2025


Pertandingan Madah Intelek PRS merupakan satu pertandingan yang mencungkil kemampuan PRS menyampaikan mesej secara lisan berhubung peranan dan tanggungjawab PRS di sekolah. Kemenjadian PRS dalam penyampaian perkhidmatannya dilihat dapat bergerak seiring dengan usaha membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling khususnya rakan sebaya bagi menangani dan menghadapi isu dan permasalahan yang timbul di peringkat sekolah. Matlamat Pertandingan Madah Intelek PRS dilaksanakan iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mahir dalam pengucapan awam. 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua PRS yang berani menyahut cabaran serta menunjukkan keyakinan diri dalam menyertai Pertandingan Madah Intelek. Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga yang menyemai semangat kepimpinan, memperkukuh nilai murni serta menyuburkan bakat komunikasi dalam kalangan PRS ke arah membentuk generasi yang berdaya saing dan berakhlak mulia. 

Objektif:
1. Membantu PRS menguasai dan memahami tugas serta peranannya sebagai seorang PRS secara holistik. 
2. Membantu PRS menguasai kemahiran pengucapan awam.
3. Melahirkan PRS yang berkeyakinan dan berani melontarkan idea dan pendapat secara ilmiah.
4. Membina PRS yang berkarisma dan intelektual.

Tarikh Pertandingan dan Kategori: 
1) 19 Jun 2025, Khamis :  MiPERS Cilik (PRS Tahun 5)
2) 25 Jun 2025, Rabu : MiPERS Cilik (PRS Tahun 4)
3) 2 Julai 2025, Rabu : MiPERS Intelek (PRS Tahun 6) 

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Cilik (PRS Tahun 5):
Johan : Nur Amira Damia binti Zailani, 5 Beta
Naib Johan: Mia Umairah binti Mohd Salainsah, 5 Alpha
Ketiga: Marissa Dhia Nadhhrah binti Nor Azlan, 5 Alpha

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Cilik (PRS Tahun 4):
Johan: Muhammad Kasyfi Hakim bin Muhammad Khairul 'Azmi, 4 Helang
Naib Johan: Putri Adra Sofea binti Mohd Hafiz, 4 Helang
Ketiga: Muhammad Qawiyyul Ameen bin Mohd Khairul, 4 Serindit

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Intelek (PRS Tahun 6):
Johan: Sayyidatul Humaira binti Muhammad Ridzuan, 6 Delima
Naib Johan: Muhammad Daniel Mikail bin Suhaimi, 6 Delima
Ketiga: Nurul Husna Insyirah binti Mohd Syahir Husni, 6 Delima
 
Pertandingan usai, pengalaman diberi    
Ilmu dan hikmah jadi pedoman,
PRS melangkah penuh berani,
Mencipta jejak penuh harapan.

Madah Intelek bukan sekadar bicara,
Tapi tanda jiwa berilmu dan berbudi,
PRS mendidik, memimpin secara sukarela,
Membina sahsiah untuk masa hadapan nanti. 
                                                                                               

Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 19 Jun 2025: 

Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 5


Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang Pertandingan MiPERS PRS Tahun 5

Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah saguhati kepada peserta 

Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 25 Jun 2025:

Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 4

Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang

Penyampaian sijil dan hadiah saguhati kepada peserta Madah Intelek


Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 2 Julai 2025:


Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 6

Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang

Penyampaian sijil dan hadiah saguhati kepada peserta

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada barisan hakim dan urus setia

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya:


Monday, June 30, 2025

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-19 (SESI PAGI)



 

  •  Tarikh: 30 Jun 2025 - 4 Julai 2025
  •  Minggu: 19
  •  Tempat: Dataran Berbumbung
  •  Tema: Hargai Masa
  •  Kumpulan: 6
Guru Bertugas:
  1. Khairun Nisa binti Che Noh (Ketua)
  2. Ridzuan Amir bin Mohamad
  3. Norazmah binti Che Omar
  4. Nurhafizah binti Udin





PERHIMPUNAN RASMI


Aktiviti

Perhimpunan dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah SKPM.

  • Pengacara Majlis: Zaidatul (6Zamrud)
  • Bacaan doa: Qamar Haikal (6Delima)
  • Ikrar Rukun Negara: Zaidatul (6Zamrud)
  • Ikrar Murid: Adlan Aziq (6Delima)
















  • Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Cikgu Rosidah menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan terutama ketika makan di kantin.
  • Beliau juga meminta murid-murid sentiasa menjaga keselamatan sepanjang berada di sekolah memandangkan proses menaik taraf belum lagi selesai.




  • Ucapan Guru Bertugas Minggu ini
  • Tema: Hargai Masa
  • Ustazah Khairun Nisa'  meminta murid-murid menghargai masa terutama sepanjang PDPR. Murid-murid dinasihatkan tidak banyak bermain game sebaliknya menggunakan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Ucapan Wakil Pentadbir
  • Puan Rosmah binti Jamat selaku Penolong Kanan Pentadbiran menegur sikap murid-murid yang tidak beratur mengikut ketinggian. Beliau terus meminta murid-murid beratur mengikut ketinggian  iaitu rendah di depan dan tinggi di belakang. 


Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi. Murid-murid masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran.