Friday, May 2, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-11 SESI PETANG

Tarikh : 28 April - 2 Mei 2025

Minggu : 11

Tempat : Dataran Berbumbung

Tema : Bekerjasama

Kumpulan: 4

 

Guru Bertugas :

1.  Pn. Shurainee Hanim (Ketua)

2. Cik Khairunnisa Syazrin

3. Pn. Norsaliza

4. En. Shamsoe Riza

;


PERHIMPUNAN RASMI:

AKTIVITI:

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah

  • Pengacara Majlis : Pn. Shurainee Hanim
  • Bacaan doa : Aisy Muammar (2 Cengal)
  • Ikrar Rukun Negara : Dhia Nisrina (2 Cengal)
  • Ikrar Murid : Putri Awra Sofea (2 Cengal)

Bacaan doa dipimpin oleh Aisy Muammar
Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Dhia Nisrina

Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Putri Awra Sofea

Nyanyian lagu rasmi



UCAPAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI
  • Pn. Shurainee Hanim memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
  • Murid yang mempunyai gejala HFMD seperti demam, ulser mulut, ruam dengan lepuh di tangan atau kaki mohon rehat di rumah untuk mengelakkan jangkitan dan hendaklah membuat pemeriksaan di klinik.
  • Dalam tempoh ini, murid-murid digalakkan memakai pelitup muka sewaktu berada di sekolah kerana penyakit HFMD boleh merebak melalui titisan cecair.
  • Murid juga hendaklah kerap membasuh tangan menggunakan sabun.
  • Murid hendaklah menjaga disiplin dan kebersihan diri sepanjang masa.
  • Murid digalakkan terus mandi selepas pulang dari sekolah dan gunakan sabun dengan sempurna.
  • Jika ada sanitizer boleh bawa ke sekolah dan jangan berkongsi barang dengan kawan-kawan.
  • Maklumkan kepada ibu bapa atau guru jika berasa kurang sihat.



UCAPAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Pn. Sugunah memaklumkan bilangan murid datang lewat ke sekolah semakin meningkat.
  • Murid perlulah mematuhi peraturan sekolah dengan datang ke sekolah menepati waktu iaitu sebelum pukul 1.00 petang.
  • Pada hari ini sahaja, 40 orang murid datang lewat.
  • Selepas ini, murid yang hadir lewat akan diambil nama dan tindakan selanjutnya akan diambil.
  • Murid juga diingatkan tidak berlari-lari di kawasan sekolah untuk keselamatan diri.


UCAPAN GURU PENGAWAS
  • Disampaikan oleh Pn. Sharifah Nurul Hafizah.
  • Murid yang datang lewat semasa perhimpunan, hendaklah terus berhenti berjalan ketika sedang bacaan ikrar atau nyanyian lagu. Murid lewat tersebut hendaklah turut bersama-sama melafazkan ikrar atau menyanyikan lagu.
  • Pengawas diminta untuk membantu murid yang hadir lewat untuk terus masuk ke barisan kelas masing-masing dan murid yang hadir lewat tidak perlu menghantar beg ke kelas.
  • Setelah perhimpunan tamat, pengawas perlu bertugas untuk membawa dan membimbing barisan murid berjalan ke kelas dalam keadaan yang teratur.
  • Pengawas perlu berada di kelas yang ditugaskan sehingga guru masa pertama selepas perhimpunan datang ke kelas.


PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN KAD RAYA DIGITAL





Tahniah kepada semua pemenang.

Perhimpunan selesai pada pukul 1.30 petang dan murid beredar ke kelas masing-masing.



LENSA KAMERA

Murid hadir ke sekolah diperiksa jika ada simptom HFMD 

Aktiviti regangan badan dan brain gym sebelum masuk kelas


Permainan Bola Kecil (Aktiviti Unit Bimbingan&Kaunseling) 
semasa rehat Tahun 1 &2

Bacaan Nilam semasa rehat Tahun 3

Pemeriksaan gejala HFMD oleh guru kelas dan guru pembantu sebelum masuk ke kelas

Menjamu selera semasa rehat

Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris (Reading Activity)

Taklimat guru bertugas

Aktiviti Highly Immersive Programme (HIP)


No comments: