- Tarikh: 30 Jun 2025 - 4 Julai 2025
- Minggu: 19
- Tempat: Dataran Berbumbung
- Tema: Hargai Masa
- Kumpulan: 6
Guru Bertugas:
- Khairun Nisa binti Che Noh (Ketua)
- Ridzuan Amir bin Mohamad
- Norazmah binti Che Omar
- Nurhafizah binti Udin
Perhimpunan dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah SKPM.
- Pengacara Majlis: Zaidatul (6Zamrud)
- Bacaan doa: Qamar Haikal (6Delima)
- Ikrar Rukun Negara: Zaidatul (6Zamrud)
- Ikrar Murid: Adlan Aziq (6Delima)
- Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
- Cikgu Rosidah menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan terutama ketika makan di kantin.
- Beliau juga meminta murid-murid sentiasa menjaga keselamatan sepanjang berada di sekolah memandangkan proses menaik taraf belum lagi selesai.
- Ucapan Guru Bertugas Minggu ini
- Tema: Hargai Masa
- Ustazah Khairun Nisa' meminta murid-murid menghargai masa terutama sepanjang PDPR. Murid-murid dinasihatkan tidak banyak bermain game sebaliknya menggunakan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
- Ucapan Wakil Pentadbir
- Puan Rosmah binti Jamat selaku Penolong Kanan Pentadbiran menegur sikap murid-murid yang tidak beratur mengikut ketinggian. Beliau terus meminta murid-murid beratur mengikut ketinggian iaitu rendah di depan dan tinggi di belakang.
Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi. Murid-murid masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran.
No comments:
Post a Comment