Monday, June 16, 2025

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-17 SESI PETANG

Tarikh : 16 Jun - 20 Jun 2025

Minggu : 17

Tempat : Dataran Berbumbung

Tema : Ikhlas

Kumpulan: 4

 

Guru Bertugas :

1. Cik Khairunnisa Syazrin (Ketua)

2. Pn. Norsaliza

3. En. Shamsoe Riza

4. Pn. Shurainee Hanim 



PERHIMPUNAN RASMI:

AKTIVITI:

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah

  • Pengacara Majlis : Cik Khairunnisa Syazrin
  • Bacaan doa : Aariz Nadzmi (2 Cengal)
  • Ikrar Rukun Negara : Dhia Nisrina (2 Cengal)
  • Ikrar Murid : Putri Awra Sofea (2 Cengal)








UCAPAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Cik Khairunnisa Syazrin.
  • Murid diperkenalkan dengan guru bertugas pada minggu ini dan dimaklumkan jika ada apa-apa masalah boleh berjumpa guru bertugas.
  • Murid diterangkan tentang tema pada minggu ini iaitu ikhlas. Murid dijelaskan tentang pengertian ikhlas dan contoh perbuatan ikhlas.
  • Murid diingatkan tentang keselamatan di sekolah memandangkan kerja-kerja pengubahsuaian sekolah masih berjalan.
  • Murid perlu lalu di laluan yang ditetapkan untuk bergerak ke kelas, ke kantin dan sebagainya.
  • Murid dimaklumkan tentang kedudukan kelas dan kedudukan tandas murid lelaki serta perempuan.


PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA ART HOUR TAHUN 2
  • disampaikan oleh Pn. Parimala, GPK Petang.












PROMOSI BUKU KELUARAN ANA MUSLIM 
  • Disampaikan oleh Pn. Amiratul Arifah. 
  • Murid diperkenalkan dengan 4 buku iaitu 2 buku untuk budak perempuan dan 2 buku untuk budak lelaki.
  • Buku-buku keluaran ANA MUSLIM telah dibuka untuk jualan dan tempahan oleh Pusat Sumber Sekolah.



Perhimpunan ditangguhkan pukul 1.30 petang dan murid bergerak ke kelas masing-masing dengan iringan guru.

No comments: