Wednesday, June 17, 2015

Ceramah Pemantapan Sahsiah Murid SKPM

Pada 17 Jun 2015, Rabu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Agama Islam telah menganjurkan sebuah program "Pemantapan Sahsiah Murid SKPM 2015" pada pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang. Murid lelaki dan perempuan diasingkan.Cikgu Yusnizan menjadi penceramah murid lelaki manakala Cikgu Ainul menjadi penceramah murid perempuan.

Sejak kebelangan ini, gejala sosial semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja maka pihak sekolah mengadakan program ini agar dapat membantu menangani masalah ini dan meningkatkan keyakinan diri  murid untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Tujuan program ini adalah untuk membentuk murid supaya mempunyai sahsiah yang kukuh dan mewujudkan masyarakat yang berkemahiran. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menerapkan dan menghayati nilai-nilai murni dan lebih bertanggungjawab.








Post a Comment