Thursday, July 24, 2014

Program Kasih Ramadhan 2014

24 Julai 2014 (Khamis)

       Alhamdulillah.Program Kasih Ramadhan 2014 telah berjaya dijalankan dalam suasana yang tenang dan harmoni pada hari ini bersamaan 26 Ramadhan  1435H . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusnizan  Marzuki. Kemudian, diserikan  dengan ucapan Guru Besar yang dikasihi iaitu  Pn. Siti Habsah Bt Ahmad. Acara kemuncak pagi ini ialah pemberian derma dan sumbangan kepada murid-murid yatim dan yang memerlukan.
       Rasional program dianjurkan bagi membantu dan menggembirakan anak-anak  yatim sama ada mereka yang kehilangan emak ataupun ayah yang dikasihi serta murid-murid lain yang memerlukan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.Harapan pihak sekolah agar sumbangan dan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjaga sempena Aidilfitri.
      Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang memberikan sumbangan dan juga pihak-pihak lain yang telah bermurah hati.Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini.Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan tuan dan puan.Sekali lagi,Syukran Jazilan.Wassalam.











Disediakan oleh;
Unit Kebajikan SKPM 2014


Wednesday, July 23, 2014

KURSUS LADAP " PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA"

     Kursus Ladap yang bertajuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia( PPPM) mempunyai 11 anjakan dan dibahagikan kepada tiga sesi pembentangan iaitu sesi pertama pada 9 Julai 2014 (anjakan 1 hingga 3), sesi ke-2 pada16 Julai 2014 (anjakan 4 hingga 6) dan sesi ke-3 pada 23 Julai 2014 (anjakan 7 hingga10).Semoga melalui kursus ladap ini guru-guru SKPM dapat mengetahui secara terperinci lagi tentang PPPM 2013-2025.
 






      Melalui kursus ini juga , semoga guru-guru SKPM dapat mengaplikasikan 11 anjakan PPPM ini dalam profesion sebagai seorang guru.



Disediakan oleh,

UNIT LADAP SKPM
            2014


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid SKPM. Kami para guru dan staf SKPM mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan yang telah dilakukan.

Raikan lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhaan. Berhati-hati memandu di jalan raya.

Sekolah akan bercuti mulai 26 Julai (Sabtu) hingga 3 Ogos (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 4 Ogos 2014 (Isnin)


.

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2015

Ibu bapa/Penjaga
Murid Tahun 1-2015
SK Pulau Meranti

1. Urusan pengesahan penempatan pelajar Tahun Satu 2015 bermula pada 1/8/2014 hingga 30/8/2014.

2. Sila  layari  laman http:// apps.moe.gov.my/esppsel  untuk menyemak keputusan penempatan.
                                 
3. Ibu bapa/penjaga diminta hadir dengan membawa bersama sijil lahir anak yang asal  untuk membuat pengesahan anak masing-masing di pejabat sekolah  waktu pejabat. (8.00 pagi - 5.00 petang).

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi sekolah di talian 03-80612610.


Tuesday, July 22, 2014

PERCUBAAN UPSR

Dewan SK Pulau Meranti, 22Julai 2014 - Berlangsungnya Peperiksaan Percubaan UPSR selama tiga hari seluruh negeri Selangor bermula pada hari ini.

Semua murid diharapkan bersedia dan dapat meningkatkan lagi pencapaian sebelum ini bagi memastikan pencapaian sebenar masa peperiksaan UPSR.

Guru-guru mendoakan agar semua murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini.

Sediakan oleh:

DAUD BIN ARIS
Guru Sains Tahun 6




Monday, July 21, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27

Tarikh   : 21 Julai 2014
Masa    : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :
1. En. Mohd Taufik Bin A.Rahman
2. Ustaz Mohd. Helmi Bin Jumri
3. Pn. Hayati Bt Kamis
4. Pn. Mazlinda Bt Ismail

Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Pengerusi Majlis : Ahmad Alif Rahimi Bin Kamaruzaman
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor
  • Bacaan Doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan Bin Hasniruddin
  • Bacaan Ikrar Rukunegara diketuai oleh Ammar bin Sazman
  • Bacaan Ikrar Sekolah diketuai oleh Nurzafirah Bt Fairuz Zamer
  • Bacaan Ikrar Keselamatan Jalanraya diketuai oleh Mohd Syamil Hafiz
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor

2. Laporan Guru Bertugas Pada Minggu Lepas
  • En. Mohd. Riza Feelaqiz menasihati murid-murid supaya menjadikan sikap bersopan-santun sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
  • Murid-murid juga dinasihati supaya menggunakan bahasa yang sopan dalam percakapan sesama rakan dan guru-guru.

3. Ucapan Guru Bertugas Pada Minggu Ini


Ucapan Guru Bertugas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Helmi 

  • Ustaz Mohd Helmi menerangkan maksud berbudi bahasa.
  • Menasihati murid-murid supaya saling memaafkan dan berbuat baik sesama rakan.
  • Ustaz Mohd Helmi mengumumkan kelas terbersih bagi Penggal 1.
                Tahap 1 : 3 Gemilang
                Tahap 2 : 5 Gemilang

  •  Kelas-kelas tersebut diberikan sijil penghargaan dan bintang. Sijil-sijil juga diberikan kepada kelas terbersih mingguan iaitu Kelas 3 Cemerlang dan 4 Gemilang.

Penyampaian sijil dan bintang bagi kelas terbersih

4. Ucapan Guru Besar


Guru Besar menyampaikan ucapan dan pesanan kepada murid-murid

  • Puan Siti Habsah mengulas ucapan En. Mohd Riza berkaitan sikap bersopan-santun. Beliau menasihati murid-murid supaya menjadikan uapan salam sebagai satu amalan dalam kehidupan.
  • Menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
  • Memberi pesanan kepada semua murid Tahun 6 supaya menjawab Peperiksaan Percubaan UPSR dengan baik kerana keputusan peperiksaan itu akan digunakan untuk memohon Sekolah Berasrama Penuh.
  • Memberi peringatan supaya jangan membuang masa dan menyemak semula kertas jawapan.
  • Membuat pengumuman cuti sekolah bermula 26 Julai hingga 3 Ogos 2014.
  • Menasihati semua murid supaya menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan jangan bermain mercun.
  • Menegaskan bahawa semua murid wajib hadir ke sekolah sehingga hari Jumaat (25 Julai 2014)sebelum bercuti selama 9 hari. 

5. Penutup
    Perhimpunan bersurai pada pukul 8.00 pagi yang diakhiri dengan nyanyian Lagu Malaysia Berjaya.


6. Program Mentor-Mentee



Program Mentor-Mentee yang dijalankan dengan bimbingan guru kelas

  • Program Mentor-mentee diteruskan di kelas masing-masing setelah tamat perhimpunan rasmi mingguan.
  • Guru Kelas membimbing murid-murid menjalani aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.

Ceramah Kesihatan

Pencegahan Denggi

Pada 16 Julai 2014  iaitu hari Rabu lepas SK Pulau Meranti telah menerima kunjungan Majlis Perbandaran Sepang dari Unit kesihatan Pencegahan Denggi. Majlis Perbandaran Sepang yang diketuai oleh En. Kuzaimi telah mengadakan ceramah ringkas tentang punca-punca penyakit demam denggi, tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan cara-cara membersihkan rumah untuk menggelakkan pembiakan nyamuk tersebut. Ceramah itu telah disampaikan sendiri oleh En. Kuzaimi dengan cara yang menarik sehingga dapat menarik minat murid untuk mendengar ceramah tersebut. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Sepang juga telah mengedarkan cenderahati kepada semua murid SKPM. Murid-murid juga dibawa untuk melihat pameran yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang. 


Pihak Majlis Perbandaran Sepang menyediakan pameran tentang Denggi.

En. Kuzaimi menyerahkan Plak cenderahati dan tong minyak kepada Guru Besar SKPM

En. Kuzaimi menerangkan kegunaan tong minyak yang diberi kepada Guru Besar

En. Kuzaimi menandatangani buku pelawat SKPM

En. Kuzaimi menyampaikan ceramah tentang denggi.


Murid kelihatan tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Kuzaimi

Pn. Guru Besar menerangkan serba sedikit tentang biodesel kepada guru-guru SKPM.
Laporan Disediakan Oleh ;
Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh

Thursday, July 17, 2014

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN (2) 2014

Pulau Meranti, 17 Julai 2014 - Satu program latihan kawad kebakaran telah dilaksanakan pada hari ini. Latihan Kebakaran 2 adalah salah satu latihan di bawah Unit Keselamatan SK Pulau Meranti. Tujuan latihan ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesediaan murid-murid semasa menghadapi situasi kebakaran di sekolah. Secara rasionalnya ia dapat memupuk sikap peka di kalangan murid-murid dan kakitangan SK Pulau Meranti dengan situasi kebakaran yang sebenar. Antara objektifnya ialah memberi pendedahan kepada latihan kebakaran, memupuk sikap sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi dan meningkatkan pengetahuan tentang situasi kebakaran. 

Encik Nordin memberikan taklimat keselamatan kepada murid-murid dan guru-guru SK Pulau Meranti.

Murid-murid berkumpul di padang sekolah sambil dikawal oleh guru-guru Sk Pulau Meranti.
Murid-murid berkumpul di tapak berkumpul 2 di tepi blok D.

Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing.

Laporan disediakan oleh: Puan Yusnur Aida Binti Yusof

PROGRAM DIDIKAN AKHIR UPSR

Pulau Meranti, 17 Julai 2014 - Program khas selama dua hari bermula semalam untuk murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR pada 22Julai 2014 ini

Bermula dengan slot Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu semalam dan hari kedua diikuti dengan Sains dan Matematik.

Penceramah Pn Hayati binti Kamis selaku Ketua Panitia Sains dijemput khas bagi memberikan tips teknik menjawab soalan Sains.

Dilaporkan oleh:

DAUD BIN ARIS
Guru Sains tahun 6

Monday, July 14, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 26

Tarikh     : 14 Julai 2014
Masa       : 7.45-8.15 pagi
Tempat   : Tapak perhimpunan

Guru bertugas:

1. Encik Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
2. Puan Saliza Binti Ahmad Salleh
3. Puan Noni Bt Said
4. Puan Roshida Binti Nayan
5. Puan Rose Halina Binti Jedin

Laporan:

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Pengacara Majlis Nur Alissa Aisyah Binti Azlan
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
  • Bacaan doa oleh Ahmad Alif Rahimi Bin Kamaruzzaman
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Nurzafirah Binti Fairuz Zamer
  • Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Aidil Izham Bin Azhar


Nor Alissa Aisyah menjadi pengacara majlis pada hari ini


2. Laporan guru bertugas pada minggu lepas  : En Ibrahim Bin Zainuddin
  • Keselamatan murid
  • Murid diminta mengelakkan melangkah longkang yang besar di perhentian bas sekolah
  • Murid diingatkan bahawa kecederaan boleh berlaku jika terjatuh ke dalam longkang

Ucapan oleh En. Ibrahim


3. Laporan minggu ini : (Badan Beruniform)
  • Tema pada minggu ini adalah bersopan santun disampaikan oleh Nur Alissa Aisyah Binti Azlan
  • Sejarah Pengakap disampaikan oleh Muhd Muqri Nabil Bin Jeffrey
  • Nyanyian penuh bersemangat lagu "Allah Selamatkan Kamu" mengiringi seramai 9 orang murid yang menyambut hari jadi pada minggu ini. hadiah disampaikan oleh Guru Besar Pn Siti Habsah Binti Ahmad
      • Muhammad Amin (6C) 19 Julai 2002
      • Satya Chinnu (5C) 20 Julai 2003
      • Muhammad Syamil Hafiz (5G) 17 Julai 2003
      • Muhammad Alif Amaluddin (4C) 14 Julai 2004
      • Muhammad Zarif Aiman (4C) 16 Julai 2004
      • Nur Syahirah (3G) 10 Julai 2005
      • Fifi Wahida (2C) 19 Julai 2006
      • Nur Dania Hasya (2G) 16 Julai 2006
      • Nor Zahra Batrisyia (1C)14 Julai 2007


  •  Berikut ialah kelas terbersih pada minggu ini
    • kelas terbersih tahap 1 : 3 Cemerlang
    • Kelas terbersih tahap 2 : 5 Gemilang
    • Kelas terkotor                : 6 Cemelang

4. Laporan Penolong Kanan Pentadbiran : En Mohd Azmin Bin Atan
  • Murid diingatkan untuk tidak menjadikan puasa sebagai alasan tidak menyiapkan tugasan sekolah seperti kerja rumah dan persediaan untuk ujian-ujian /UPSR
  • jika guru tiada dalam kelas, murid diminta mencari guru pada waktu tersebut dan gunakan masa tersebut untuk membaca buku.
  • Murid digalakkan untuk minum dengan banyak air kosong apabila waktu berbuka dan bersahur.
  • Murid dilarang keras untuk bermain mercun
  • Murid dimaklumkan bahawa 15 Julai 2014  adalah cuti peristiwa Nuzul Quran.
GPK Pentadbiran En Mohd azmin B Atan memberikan ucapan


5. Perhimpunan bersurai pada jam 8.10 dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.


Laporan disediakan oleh : Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri

Saturday, July 12, 2014

AKTIVITI BACAAN YASIN

11Julai 2014 - Jumaat

Membaca surah Yasin dijadikan aktiviti rutin setiap pagi Jumaat sebelum aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Bacaan yasin pagi ini dipimpin oleh Ustaz Helmi. Banyak kelebihan membaca surah Yasin ini. 
Antaranya , Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .

Sempena bulan Ramadan pula diselitkan tazkirah ringkas selepas bacaan yasin bertajuk Nuzul Quran yang disampaikan oleh Cikgu Yusnizan.