Saturday, December 16, 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK NILAM TAHUN 2023

 Pada 14 Disember 2023, Unit PSS telah menlaksanakan Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil anugerah Pembaca Terbanyak Nilam Tahun 2023 bagi Program Galakan Membaca. 

Syabas Dan Tahniah Kepada Semua Murid

Dengan mengadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil seperti ini, dapat meningkatkan semangat dan minat murid membaca. Program ini mendapat sambutan yang bagus dikalangan murid dengan harapan bilangan pemenang akan meningkat lagi pada masa yang akan datang.




LENSA KAMERA

Sesi Pagi






Thursday, December 14, 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape KPM Tahun 2023

 Program ini adalah Program KPM dimana setiap sekolah seluruh Malaysia perlu membuat Pelancaran pada masa yang ditetapkan oleh KPM sendiri.

Pelaksanaan program ini bertujuan membimbing serta memberi kesedaran kepada murid akan bahaya Rokok dan Vape. Semua murid dan warga sekolah perlu didedahkan dengan informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah. Ia jugavdapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan kurang mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar terutama Duta Sahsiah Murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup yang lebih sihat.









Program Awal Remaja "Melangkah Ke Alam Mekar"

Pada 8 Disember 2023 Unit B&K telah menganjurkan Program Awal Remaja yang Bertajuk " Melangkah Ke Alam Mekar" bagi murid tahun 5 dan 6. Kaunselor sepenuh masa Pn. Hasliza Bt Hassan dan Pn. Siti Juliana Bt Mohamed dari SMK Putra Perdana di jemput untuk memyampaikan ceramah Awal Remaja Kepada murid SKPM

 PENGENALAN

Individu yang berusia bawah 12 tahun masih diklasifikasikan sebagai ‘kanak-kanak’. Bagaimanapun, kematangan kanak-kanak masa kini tidak boleh dipandang remeh kerana banyaknya kes-kes jenayah termasuk jenayah seks yang melibatkan individu yang masih di alam kanak-kanak ini. Justeru itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti mengambil inisiatif untuk menangani isu ini pada peringkat awal lagi. Program ini akan memberi pengetahuan kepada murid-murid dari aspek kesihatan dan kerohanian dalam memahami peranan jantina ( seks) yang dianugerahi tuhan dengan sebaik mungkin

OBJEKTIF

Mendapat info yang betul tentang perkembangan seks secara sihat.

Tahu cara untuk menjaga diri.

Tahu cara mengurus diri.

Menghargai dan menghormati diri sendiri dan rakan-rakan yang lain yang berlainan                 jantina.










Tuesday, December 12, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-36 2023/2024

 TARIKH         : 11 DISEMBER - 15 DISEMBER 2023

MINGGU       : KE-36

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERRTUGAS:

  1. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF  (KETUA)
  2. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH
  3. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA
  4. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  5. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID
  6. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

PERHIMPUNAN DITANGGUHKAN CUTI SEMPENA H\ARI KEPUTRAAN SULTAN SELANGOR
















Friday, December 8, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS MINGGU KE-35 SESI PETANG

TARIKH : 4-8 Disember 2023 

MINGGU :  35

KUMPULAN  : 2

TEMA : Toleransi


Guru Bertugas :

1. Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar

2. Tuan Haji Sofian bin Abdullah

3. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor

4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah

5. Pn. Nasibah binti Sairi

6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani



TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula 12.30 tengah hari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.



PROGRAM EKSPRESI MERANTI SEBELUM MASUK KELAS





PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 4 Disember 2023

Masa : 5.50-6.20 petang

Tempat: Dataran Berbumbung


Pengacara Majlis : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar


1) Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.


2) Bacaan doa dipimpin oleh Ahmad Raid Zuhdi bin Muhammad Ridzuan dari kelas 2 Serindit.

3) Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid diketuai oleh Muhammad Arif Farhan bin Muhammad Faizee dari kelas 2 Nuri.


4) Ucapan guru bertugas : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar
-mengumumkan guru bertugas pada minggu ini.
-menerangkan tentang maksud toleransi.
-memberikan contoh amalan to;eransi yang dapat dipraktikkan oleh murid-murid dalam kehidupan.
-menerankan kepentingan toleransi

4) Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 6.20 petang dan murid bergerak pulang.






Wednesday, December 6, 2023

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2023


PENGENALAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Dalam Kalangan Kanak-kanak”. 

OBJEKTIF
 
i. Meraikan kanak-kanak semperna sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. 
ii. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
iii. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. 
iv. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi, sahsiah dan rohani. 
v. Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi. 
vi. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta berwibawa. 


PELAKSANAAN PROGRAM 

TARIKH  : 30 November 2023 
HARI      : Khamis 
TEMPAT : Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti 
TEMA     : Kerjaya

TENTATIF SESI PAGI



LENSA KAMERA SESI PAGI



TENTATIF SESI PETANG

LENSA KAMERA SESI PETANG

Persembahan "Magic Show"

Meranti Got Talent










GURU-GURU & STAF