Sunday, January 29, 2023

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

Hari: SABTU

Tarikh: 28 JANUARI 2023

Masa: 7.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

Tempat: DEWAN SK PULAU MERANTI


   Program Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2023/2024 pada hari ini 28 JANUARI 2023 berjalan dengan lancar dan jayanya.

    Hari orientasi dilaksanakan untuk murid tahun 1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, PBD, Program Transisi dan lain-lain lagi.

    Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar. Serta memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah. 

    Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

TENTATIF PROGRAM


SESI PENDAFTARAN




NYANYIAN LAGU NEGARAKU & BACAAN DOA


UCAPAN ALUAN - GURU BESAR


TAKLIMAT KURIKULUM & PBD - GPK 1


TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI - GPK PETANG


TAKLIMAT PERATURAN ASAS SEKOLAH, DISIPLIN DAN BUKU TEKS - GPK HEM


AKTIVITI ORIENTASI TAHUN 1


LAWATAN TEMPAT-TEMPAT SEKOLAH


IBU BAPA/PENJAGA SEMAKAN DAN HANTAR FAIL MURID





TAKLIMAT PRASEKOLAH SKPM SESI 2023/2024

 TAKLIMAT PRASEKOLAH SK PULAU MERANTI SESI 2023/2024


TARIKH:     28 JANUARI 2023 (SABTU)

MASA:         8:00 PAGI

TEMPAT:      MAKMAL SAINS SK PULAU MERANTI


Taklimat Prasekolah bertujuan untuk memberi makluman penting tentang berkaitan Program Pendidikan Prasekolah.

Pendedahan kepada ibu bapa/penjaga ini meliputi matlamat Kurikulum Prasekolah, Pendekatan dan kaedah yang digunakan, sumber pengajaran dan pembelajaran dan Harapan Warga Prasekolah kepada anak-anak prasekolah.

Tentatif:

7:30-8:00 pagi: Pendaftaran Ibu bapa/ Penjaga

8:30 pagi        : Bacaan doa

8:45 pagi        : Taklimat Kurikulum Prasekolah

10: 00 pagi     :  Taklimat Peraturan dan Pengurusan Am Prasekolah

11:30  pagi     :  Serahan segala dokumen murid

12:00 tgh hari :  Bersurai


Lensa kamera

Pendaftaran

 






Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (Pn. Diana)




Bacaan Doa (Ustaz Mohamad Helmi)





Taklimat Kurikulum (Pn. Norjaya Binti Sumaleh)








Taklimat Peraturan Dan Pengurusan Am Prasekolah (Pn. Siti Aniqah binti Saineh)- Penyelaras Prasekolah











Penyerahan Dokumen dan Bersurai

Terima Kasih kepada semua Pentadbir, Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan semua guru-guru SKPM atas kerjasama membantu melancarkan Program Taklimat Prasekolah.

Thursday, January 19, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-39 2022/2023


TARIKH : 16 - 19 FEBRUARI 2022

MINGGU : KE - 39

KUMPULAN : 2


GURU BERTUGAS

PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID (KETUA)

TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

PN. MAHFUZAH BINTI AHMAD ZAKUAN

PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI

PN. VENESSA TAN ZHI WEI 


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1) Menunggu kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid di pintu pagar utama.

2) Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di kantin.

3) Memastikan murid bergerak pulang dalam keadaan teratur dan terkawal.

4) Memastikan semua murid pulang dan diambil oleh ibubapa/penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.10 petang (Isnin dan Jumaat) dan 5.50 petang (Selasa, Rabu dan Khamis).


~~~~~~~~~~~~~~~LENSA KAMERA~~~~~~~~~~~~~~~

Program Mentor Mentee Sesi Petang









Program NILAM Sesi Petang


   Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Ekspresi Meranti

Wednesday, January 18, 2023

PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2023

 Pada 18 Januari 2023, Pihak sekolah telah mengadakan Penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2023. Pihak sekolah juga turut mengadakan Kaunter Pembayaran Sumbangan PIBG.