Friday, July 29, 2022

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN MURID BULAN JULAI

 29 Julai 2022, Jumaat - Unit Bimbingan & Kaunseling setelah menyambut Ulang Tahun Kelahiran Murid Bulan Julai. Murid yang sambut ulang tahun kelahiran bulan julai membawa kek dan sambut ulang tahun beramai ramai.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang sumbangkan kek .







Thursday, July 28, 2022

Program Ekspresi Meranti (Julai 2022)

 Program Ekspresi Meranti

(Julai 2022)


Hasil cetusan idea Penolong Kanan Petang, Encik Muhammad Fairuz bin Abdul Aziz, Program Ekspresi Meranti telah dilancarkan dan mula dijalankan pada 19 Julai 2022 di dataran berbumbung SK Pulau Meranti.

 

Program ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memenuhi waktu terluang murid-murid sesi petang sementara menunggu murid sesi pagi keluar dari kelas.

 

Berkonsepkan didik hibur, maka program ini sekaligus menjadi satu usaha signifikan dalam menarik minat murid untuk belajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan sejajar dengan saranan KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025.

 

Pada peringkat awal, program ini telah dilaksanakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis berikutan kekangan jadual dan waktu masuk yang berbeza pada hari Isnin dan Jumaat.

 

Selain itu, program ini telah berjalan sebagaimana susunan jadual yang telah dirancang iaitu berbeza mata pelajaran dan guru telah bertugas secara penggiliran.

 

Antara contoh aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti nyanyian dan kuiz. Sepanjang sesi program ini juga, murid yang berjaya menjawab soalan menerusi aktiviti pembelajaran santai berkenaan; diberikan cenderahati sebagai motivasi untuk terus melibatkan diri secara aktif di dalam program ini.


Sekilas dari Lensa Kamera

Ekspresi Meranti

Sepanjang Julai 2022



Gambar 1 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 1 (1-10 hb)



 
Gambar 2 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 2 (11-20 hb)



Gambar 3 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 3 
(21-30/31 hb)




Gambar 4 : Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
20 Julai 2022 oleh Puan Rusmaliza bagi subjek Pendidikan Islam.




Gambar 5: Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
21 Julai 2022 oleh Puan Nur Syazwani bagi subjek Bahasa Melayu.



Gambar 6 : Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
28 Julai 2022 oleh Puan Haniza bagi subjek Bahasa Melayu.



Tuntasnya, dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada pihak sekolah dan proses perkembangan pelajaran anak-anak SK Pulau Meranti khasnya. Sekalung jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir, staff, guru, ibu bapa dan murid yang terlibat waima secara langsung mahupun tidak langsung. Segala kekurangan in shaa Allah akan cuba ditingkatkan dari semasa ke semasa demi kelangsungan pembelajaran anak-anak SK Pulau Meranti.

 



Wednesday, July 27, 2022

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD SEPANG 2022

 KEJOHANAN BOLA JARING MSSD SEPANG 2022

Kejohanan Bola Jaring MSSD Sepang 2022 telah diadakan pada 26 -27 Julai 2022 bertempat di Arena BBST, Sepang.

SK Pulau Meranti telah menghantar satu pasukan bawah 12 tahun yang disertai seramai 11 orang pemain.

 

Bil

 

Nama Pegawai

 

Jawatan

1.

 

PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

 

JURULATIH

2.

PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHD NOR

 

JURULATIH

3.

PN. NIRAWATY BINTI MOHD NOR

PENGURUS PASUKAN

4.

PN. SUGUNAH A/P RAMAMOORTHY

GURU PENGIRING

 

Bil

 

Nama Pemain

 

Kelas

1

BABARA FREZA ANAK RONNIE MICSON

6 JUPITER

2

QAISARA DANISHA BINTI BADRULL HAFSHAM

6 JUPITER

3

NUR QASRIENA QASEH BINTI NORSUDARMAJI

6 MARS

4

QASEH MIA QAISARA BINTI NUR RIDHUAN

6 JUPITER

5

NURFITRI NASUHA BINTI MOHD HALIMI

6 MARS

6

ALYA MARISSA BINTI KHAIRULAZHAM

5 DAHLIA

7

INTAN KHALEELAH BINTI INDERADIN

5 DAHLIA

8

NUR RIEANA MARISSA BINTI MAZRI

5 MAWAR

9

NUR HUDA ZHAFIRAH BINTI RUZULA

4 ISWARA

10

PUTRI AYRA SOFEA BINTI MOHD HAFIZ

4 SAGA

11

NUR FAZYA HANNY BINTI NASRUL HADI

4 PERSONA

RUMUSAN PENCAPAIAN PENYERTAAN PASUKAN BOLA JARING SKPM U12 

MSSD SEPANG 2022.

TEMPAT KE-3 KUMPULAN DENGAN REKOD PENCAPAIAN SEPERTI BERIKUT:

SKPM

vs

SKTPSP

3

 

5

SKPM

vs

SKBBST

8

 

3

SKPM

vs

SKSALAK

4

 

9

 


LENSA KAMERA SEPANJANG KEJOHANAN BERLANGSUNG.















Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring SKPM bawah 12 tahun MSSD Sepang 2022. Semoga segala pengalaman yang ditimba dapat menjadi batu loncatan buat semua untuk menjadi pemain yang lebih baik lagi pada masa akan datang. 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan buat Guru besar SKPM, Pn. Siti Habsah serta semua barisan pentadbir dan juga semua warga SKPM atas doa dan sokongan yang diberikan. Tidak lupa juga semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan padu buat semua anak-anak. 

Monday, July 25, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 18, SESI PAGI, KUMPULAN 5

TARIKH: 25 - 29 JULAI 2022

MINGGU: 18

KUMPULAN: 5



1. Puan Rabiatul Adawidyah Idris (Ketua)

2. Puan Diana Mohd Yusoff

3. Puan Hayati Kamis

4. Encik Noorhisham Mohd Nor

5. Encik Ridzuan Amir Mohamad


 TUGASAN SEPANJANG MINGGU.

1. Menyambut kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid-murid ke dalam kawasan sekolah.

2. Memantau disiplin dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak sekolah sepanjang berada di kawasan sekolah.

3. Memastikan keselamatan murid-murid ketika berada di kawasan sekolah.

4. Memastikan murid-murid bergerak pulang dalam keadaan selamat dan terkawal serta diambil ibubapa/penjaga pada waktu yang telah ditetapkan.

5. Perhimpunan mingguan pada minggu ini ditangguhkan.


LENSA KAMERA












Sunday, July 24, 2022

KEJOHANAN HOKI PIALA HINOROBU KONDA



Seramai 25 orang murid SK Pulau Meranti telah menyertai Kejohanan Hoki Piala Hinorobu Konda di Stadium Hoki Tun Razak pada Ahad lepas, 17 Julai 2022. Pasukan hoki SK Pulau Meranti telah dilatih oleh Kelab Hoki Hockademy bersama coach Selvaraju Sandrakasi. 

Team Hockademy SK Pulau Meranti telah menghantar 2 pasukan untuk kejohanan ini. Team Hockademy A dapat melayakkan diri ke pusingan semi-final. Walaupun tumpas pada pusingan semi-final, anak-anak Hockademy SK Pulau Meranti telah bermain dengan sehabis baik dan mendapat tempat ke-4.

Untuk pengetahuan semua, Penasihat Hockademy, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin akan menaja murid-murid untuk berlatih di Jepun sekiranya terpilih. 

Murid-murid SKPM telah manjalani latihan hoki setiap hari Sabtu dan Ahad bersama coach Selvaraju. Teruskan latihan dan berusaha untuk memperbaiki permainan. Pencapaian dalam kejohanan yang lepas telah membanggakan sekolah memandangkan ia adalah kejohanan yang pertama buat SKPM. Selamat maju jaya, anak-anak Hockademy SKPM!

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hockademy yang memberi peluang kepada anak-anak SK Pulau Meranti dan juga ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak semasa latihan dan kejohanan. 














Berita lanjut tentang Kejohanan Hoki Piala Hinorobu Konda boleh diakses di laman 
https://www.flashsukan.com.my/hockademy-sedia-laluan-buat-pemain-hoki-berbakat-berlatih-di-jepun/ dan https://fb.watch/ekQWGCYAwG/