Monday, July 31, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 18 2023/2024

TARIKH      : 31 JULAI -  4 OGOS 2023

MINGGU     : KE-18

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERTUGAS:

  1. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF (KETUA)
  2. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH 
  3. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  4. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  5. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID
  6. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


PERHIMPUNAN DITANGGUHKAN, BERI LALUAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Program mentor mentee ini dilaksanakan oleh guru kelas bersama pembantu guru kelas dengan menggunakan modul mentor mentee yang telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 







PROGRAM EKSPRESI MERANTI MINGGU INI




LENSA KAMERA

Murid-Murid hadir ke sekolah.





Murid berkumpul di dataran berbumbung sebelum masuk ke kelas.

Guru bertugas mengawal penyuraian murid pulang.


Friday, July 28, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 17 2023 SESI PETANG

Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2023

Tema : Bantu-membantu


Guru Bertugas:

1. Pn. Y. Nuryati  binti Abu Bakar (Ketua)

2. Tuan Haji Sofian bin Abdullah

3. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor

4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah

5. Pn. Nasibah binti Sairi

6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari. 

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan. 


Waktu datang sekolah

Menjamu selera di kantin semasa rehat

Berkumpul di dataran berbumbung

Bacaan NILAM semasa datang dan rehat

Waktu pulang sekolah

PROGRAM MINGGU INI:

  • Aktiviti Sempena English Day
Tarikh : 25 Julai 2023 (Selasa)
Dikendalikan oleh : Pn. Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar

Aktiviti English Day 

  • Program Sempena Maal Hijrah 

Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
-Ceramah Maal Hijrah disampaikan oleh : Ustaz Noramaluddin bin Md Yusoff
-Pertandingan Kuiz
-Pertandingan Mewarna

Ceramah dan kuiz sempena Maal Hijrah



LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh  : 24 Julai 2023
Masa    : 5.50-6.20 petang
Tempat : Dataran Berbumbung


Pengacara Majlis : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar


1) Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.


Murid berdiri semasa menyanyikan lagu

2) Bacaan doa dipimpin oleh pengawas, Muhammad Nur Hakim bin Nor Zahirizan dari kelas 2 Merak.


Memimpin bacaan doa

Murid menadah tangan semasa bacaan doa


3) Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar.

Melafazkan ikrar

4) Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh pengawas bertugas, Aisyah Insyirah dari 2 Belatuk.
Mengetuai bacaan ikrar murid

5) Pn. Y. Nuryati menyatakan tema minggu ini dan memeperkenalkan guru bertugas.

6) Guru bertugas minggu lepas memberikan ucapan iaitu Pn. Nurshazwani binti Sanusi.
- mengulas tema
- menegur sikap murid yang suka berlari-lari.
Pn. Nurshazwani memberikan ucapan

7) Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Parimala A/P Vengadaslam menyampaikan ucapan.

-mengingatkan murid tentang sikap murid semasa rehat.

- menasihati murid supaya memberikan perhatian semasa guru mengajar, tidak bersidai di tepi pintu.

Pn. Parimala menyampaikan ucapan

8) Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 6.20 petang.



Monday, July 24, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU 17 2023/2024

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU 17 2023/2024

TARIKH: 24 JULAI 2023

MINGGU: 17

KUMPULAN: KUMPULAN  5 SESI PAGI




Guru Bertugas

1. Pn.Norjaya Binti Sumaleh

2. Pn. Suriatie Binti Che Lah

3. Pn. Maziana Binti Mustaffa

4. En. Mohammad Faiz Bin Jamaluddin


Pengerusi Majlis

Auni Faqiha
                                                         

Nyanyian 3 Buah Lagu

1) Lagu Negaraku

2) Lagu Negeri Selangor

3) Lagu Sekolah


Dikendalikan oleh Fifie Mellydia Mazzuki & Nur Dina Shafiyah


Bacaan Doa


- Doa dibaca oleh: Afif Hazriq


Ikrar Rukunegara


- Auni Faqiha


Ikrar Murid

Amira Alisha

                                                                     

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas



- disampaikan oleh Ustazah Wan Sarinah

- Teguran tentang:

a) Keselamatan diri semasa menaiki van/bas sekolah (pastikan van/bas berhenti dahulu)

b) Amalan membuang sampah di dalam kelas (pastikan sampah di buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan)


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

- disampaikan oleh Puan Norjaya

-Tema' bantu-Membantu'

- Tolong menolong kepada guru, rakan dan ibu bapa

- Jika perlu bantu guru lain, murid diingatkan agar memaklumkan kepada guru yang berada di dalam kelas.

-Mengingatkan murid agar sentiasa menjaga keselamatan diri terutamanya pada waktu balik.


Ucapan GPK Kokurikulum


- disampaikan oleh Pn. Raihan Bin Md. Faissal 

- Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam MSSD.

- Teruskan amalan baik semasa berada di sekolah lain.

- Sentiasa membantu rakan lain yang mewakili sekolah dengan memaklumkan tugasan yang telah diberi.

- Murid perlu fokus pada akademik dan kokurikulum untuk menaikkan nama sekolah.


Penyampaian Sijil dan Hadiah Sempena Hari Puteri PPIM Peringkat Daerah Sepang (STEM CHALLENGE)



- Disampaikan oleh Pn. Hjh. Norlita Binti Ramli (Guru Besar SKPM)

- Tempat  Ke-3

-  Penerima ialah:

a) Nur Amni Madihah Binti Muhamad Surhadi

b) Nur Amira Irdina Binti Md Ali Imran


Lensa Kamera

Kehadiran Murid


Perhimpunan

Waktu Rehat


Waktu Balik

Sunday, July 23, 2023

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEPANG 2023

Kejohanan Bola Sepak kembali lagi. Tahun ini, SK Pulau Meranti telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Sepang 2023. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari telah diadakan di Padang SK Methodist, Sg Pelek bermula 17 hingga 21 Julai 2023. Selain menjadi urusetia kejohanan, SKPM juga telah menghantar wakil pasukan iaitu Meranti FC untuk menyertai kejohanan ini. Bersama-sama kita lihat perjalanan kejohanan serta perjuangan pasukan sekolah kita.

Meranti FC bersama Jurulatih Encik Gopi, Encik Rizwan dan Encik Helmi

URUSETIA KEJOHANAN




MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN




Mesyuarat Penyelarasan Bola Sepak MSSD (rendah) yang diadakan di Bilik Mesyuarat SKPM pada 26 Jun 2023. Turut dihadiri oleh Pengurus Teknik (rendah) serta wakil sekolah yang menyertai.


PERSEDIAAN PADANG DAN TEMPAT KEJOHANAN




Persediaan padang dan tempat kejohanan di SK Methodist Sungai Pelek, kerjasama oleh Encik Mohd Noor Firdaus (SK Taman Seroja), Encik Rizwan (SK Pulau Meranti), Encik Gopi (SK Pulau Meranti), Encik Arul Vienthan (SK Methodist), dan Encik Mohd Afiq (SK BBST).


TENTATIF PROGRAM



https://anyflip.com/owliz/cdau/

Buku Program Kejohanan Bola Sepak 2023 yang disediakan oleh Puan Suzila. Untuk maklumat lanjut sila klik link di atas.


ISNIN DAN SELASA (17-18 JULAI 2023)

Pendaftaran dan taklimat oleh Pengurus Teknik serta Perlawanan Pusingan 1




Meja Pendaftaran

Taklimat pengurusan sebelum acara dimulakan


Pasukan Bola Sepak SK Pulau Meranti

Bersama Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Norlita binti Ramli

Bersama jurulatih pasukan, Sir Gopi



Pasukan medik SKPM

SKPM mara ke Pusingan 16







KHAMIS (20 JULAI 2023)

Perlawanan Pusingan 16 dan Suku Akhir bagi yang mara.


Kata-kata semangat oleh jurulatih, Ustaz Helmi kepada pemain












JUMAAT (21 JULAI 2023)

Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan. Agenda hari ini adalah Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir serta Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2023 










MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Bacaan Doa: Ustaz Helmi bin Jumri

Perasmi Majlis Penutup: Puan Norlita binti Ramli (Guru Besar SKPM)

Penyampaian cenderahati oleh:
  1. En. Zaid (PK Hem SK Methodist)
  2. En. Kukan a/l Nallapan (Ketua Pengadil)
  3. En. Mohd Noor Firdaus (Pengurus Teknik Rendah)
Anugerah Pemain Terbaik disampaikan oleh Puan Norlita binti Ramli diiringi Puan Raihan binti Md Faissal.

Penyampaian medal dan sijil oleh Puan Norlita binti Ramli diiringi Puan Raihan binti Md Faissal.

        Keputusan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2023:
    1. Tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh SK Taman Putra Perdana dan SK Baharu Lanjut,
    2. Tempat Kedua dimenangi oleh SK Taman Seroja, dan;
    3. Tempat Pertama dirangkul oleh SK KLIA.
Penyampaian Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Sepang 2023 dianugerahkan kepada SK KLIA





















Di Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang ini, Meranti FC telah bertemu dengan SK Taman Seroja dan SK Cyberjaya pada Pusingan 1 seterusnya dapat melayakkan diri ke Pusingan 16. Saingan Pusingan 16 amat getir apabila SKPM bertemu dengan SK Kg Baharu Lanjut. Tentangan yang sengit telah diberikan oleh pasukan SK Kg. baharu Lanjut sehingga membawa mereka ke penentuan sepakan penalti. Namun, nasib tidak menyebelahi Meranti FC di mana kalah hanya dengan 1-0 penalti.

"Rezeki hanya ke Round 16 sahaja untuk tahun 2023..Tidak target untuk JUARA,tapi target UTAMA adalah untuk nak bina pemain dari Zero sehingga dapat bermain bola dan Alhamdulillah objektif tu tercapai. Kita cuba lagi tahun depan"- Jurulatih Meranti FC, Encik Rizwan bin Mat Rifin.





Alhamdulillah selesai sudah kejohanan bola sepak MSSD Sepang 2023

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SK Pulau Meranti yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini.