Tuesday, January 24, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA /PENOLONG KELAS DAN FLYING SQUAD SESI 2017

Majlis Pelantikan ini telah diadakan pada hari isnin bertarikh 23 Januari 2017. Pelantikan rasmi ini telah dilaksanakan setelah para pemimpin tertinggi pelajar telah mengikuti kursus kepimpinan pada 21 Januari 2017. Penyampaian Watikah diserahkan kepada 53 orang Pengawas Sekolah ,40 orang Pengawas Pusat Sumber, 16 orang Ketua kelas dan Penolong serta 10 orang murid untuk Flying Squad.

Majlis Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh Pn Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Pn Siti Habsah bt Ahmad.




Pemilihan Aniq sebagai Wakil Ketua Pengawas  Sesi 2017



Barisan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber 



Barisan Ketua Kelas /Penolong Ketua Kelas serta Pemimpin Flying Squad
Barisan Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS
Sesi Petang



Semoga dengan rasminya penyerahan  Watikah Pelantikan ini akan memberi semangat baru kepada barisan Tertinggi murid agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang di berikan dengan penuh dedikasi.









Disediakan oleh Wan Sarinah














LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 4 SESI PETANG

Tarikh: 23 Januari 2017
Hari:  ISNIN
Masa: 3.40 petang

Guru bertugas:
1. Pn. Nasibah binti Sairi
2. Pn. Norazmah binti Che Omar
3. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani
4. Pn. Nurhafizah binti Udin
5. En. Reza Feelaqiz bin Shauri

AKTIVITI-AKTIVITI

1. NYANYIAN 3 BUAH LAGU

  • NEGARAKU
  • NEGERI SELANGOR
  • SEKOLAH

2. BACAAN DOA
  • Pengawas tahun 3 Gemilang : Arif Luqman

3. BACAAN IKRAR
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Nasibah binti Sairi
  • Ikrar Murid              : Nurzuhayra

4. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (MINGGU KE 3)
  • Disampaikan Oleh : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar
  • Murid diingatkan supaya berhati - hati semasa berjalan untuk mengelakkan kemalangan.
  • Guru memuji tindakan murid - murid yang membantu rakannya yang terjatuh pada minggu lepas. 
  • Murid diingatkan supaya tidak bermain - main di hadapan kantin semasa datang ke sekolah kerana guru - guru memandu kereta melalui kawasan itu. 

5. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


  • Disampaikan oleh : Pn. Nasibah binti Sairi
  • Tema minggu ini "Kebersihan Diri"
  • Semua murid diingatkan supaya hadir ke sekolah dalam keadaan bersih dan kemas pada setiap hari.
  • Murid perlu menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.

6. WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH
  • Penyampaian sijil kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.
  • Disempurnakan watikah pelantikan oleh Guru Penolong Kanan Petang: Pn. Nor Hasimah binti Samarin. 

7. UCAPAN PENUTUP
  • Disampaikan oleh : Pn. Nasibah binti Sairi
  • Barisan kepimpinan sekolah diminta untuk tinggal ditapak perhimpunan untuk sesi bergambar
  • Semua murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing dengan keadaan beratur senyap.








Monday, January 23, 2017

PERHIMPUNAN MINGGU KE 4

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 4

Tarikh: 23 Januari 2017
Hari:  ISNIN
Masa: 7.30 pagi

Guru bertugas:
1. Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi
2. Pn. Che Mariah binti Ngah
3. Pn. Maziana binti Mustaffar
4. Pn. Salinda binti Kadri

AKTIVITI-AKTIVITI

1. NYANYIAN 3 BUAH LAGU

  • NEGARAKU
  • NEGERI SELANGOR
  • SEKOLAH

2. BACAAN DOA
  • Pengawas tahun 4 Gemilang : Adham Fahmi bin Yusnizan

3. BACAAN IKRAR
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi
  • Ikrar Murid              : Farah Adiba binti Izyan
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya: Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

4. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (MINGGU KE 3)
  • Disampaikan Oleh : En. Daud bin Aris
  • Diingatkan murid yang sakit dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.
  • Diingatkan supaya sentiasa beradab semasa ditapak perhimpunan dan ketika guru berucap dihadapan.
  • Diingatan supaya sentiasa menjaga kebersihan selepas makan pada waktu rehat
  • Nasihat agar sentiasa berhati-hati ketika melintas jalan sewaktu datang dan balik sekolah

5. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


  • Disampaikan oleh : Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi
  • Tema minggu ini "Kebersihan Diri"
  • Diingatkan semua murid perlu menggosok gigi sebelum hadir ke sekolah agar tidak diserang penyakit seperti sakit perut.
  • Murid perlu menjaga kebersihan pakaian sekolah agar sentiasa kelihatan penampilan bersih

6. WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH
  • Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas serta Flying Squard
  • Disempurnakan watikah pelantikan oleh Guru Besar : Pn.Siti Habsah Binti Ahmad
  • Dimulai dengan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas serta diakhiri oleh pasukan flying squard.
  • Ketua pengawas sekolah merangkap ketua murid : Muhammad Aniq bin Amin
  • Penolong ketua pengawas sekolah                            : Adham Aiman bin Yusnizan
  • Ketua pengawas Pusat Sumber Sekolah                   : Aisha Sofea   
  • Penolong ketua pengawas Pusat  Sumber                : Nurhanisah binti Badron      
  • Bacaan Ikrar kepimpinan oleh                                    :Muhammad Aniq bin Amin  


7. UCAPAN GPK KOKURIKULUM

  • Disampaikan oleh : Datin Nora binti Yussof
  • Diingatkan kehadiran kokurikulum pada setiap hari Rabu 
  • Tidak dibenarkan pulang ke rumah pada setiap hari kokurikulum tanpa kebenaran
  • Diingatkan selepas cuti tahun baru cina aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa iaitu kelab dan permainan
  • Aktiviti kokurikulum pada minggu ini adalah unit beruniform

8. UCAPAN PENUTUP
  • Disampaikan oleh : Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi
  • Barisan kepimpinan sekolah diminta untuk tinggal ditapak perhimpunan untuk sesi bergambar
  • Semua murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing dengan keadaan beratur senyap

































Saturday, January 21, 2017

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN 2017

Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2017 telah diadakan pada 21 Januari 2017 bersamaan hari Sabtu. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini adalah anjuran bersama unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah, Unit Disiplin Dan Pengawas Sekolah serta Pusat Sumber Sekolah. 
       Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2017 dilaksanakan untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan serta mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Pulau Meranti. Antara objektif kursus ialah;
  • Mengenalpasti nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan seorang pemimpin.
  • Memurnikan tugas harian.
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid di sekolah.
         Sasaran kursus ini adalah berfokus kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong kelas. Seramai 58 orang Pengawas Sekolah, 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta 16 orang Ketua dan Penolong Kelas. Jumlah keseluruhan murid yang mengikuti kursus ini ialah seramai 114 orang murid. Penceramah jemputan pada hari ini ialah Encik Saiful Anuar.
          Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam menghadiri kursus ini. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan dalam tugas harian di sekolah dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang telah meluangkan masa untuk menjayakan kursus ini.
Sesi Pendaftaran

Murid-murid fokus mendengar ceramah.


Penceramah jemputan (En. Saiful Anuar)
LDK

LDK

LDK

LDK





Terima kasih...





Monday, January 16, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KETIGA SESI PAGI 2017

Tarikh: 16/1/2017
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Nama Guru Bertugas:

Encik Daud b. Aris
Encik R.Gopi
Puan Nirawaty bt Mohd Nor
Puan Diana bt Mohd Yusoff

Perkara:

Perhimpunan pada hari ini tidak dapat dijalankan sebab hujan. Murid-murid beratur di luar kelas masing-masing dan membaca doa.

SEMINAR KEIBUBAPAAN " SELAUT KASIH, SEGUNUNG HARAPAN"

Pada 14 Januari 2017, sabtu Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Gemilang UPSR telah menganjurkan sebuah Seminar Keibubapaan " Selaut Kasih, Segunung Harapan".
Program ini adalah antara program yang diadakan pada setiap awal tahun untuk ibubapa dan murid-murid tahun 6. Tujuan program ini adalah untuk memotivasikan ibubapa supaya dapat memberikan kerjasama dan mendorong anak dirumah serta untuk mengetahui pelaksanaan aktiviti serta perincian setiap program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dalam merealisasikan impian semua murid tahun 6 bagi mendapat keputusan yang cemerlang.


PENDAFTARAN

CIKGU AINUL FATHIAH SEBAGAI PENGACARA MAJLIS

USTAZ MOHAMAD HELMI -  BACAAN DOA





SEMINAR MOTIVASI KEIBUBAPAAN - EN. MOHD FAZLI


PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH DARIPADA PN. SITI HABSAH



PEMBENTANGAN PROGRAM TAHUN 6





SESI SOAL JAWAB

IBUBAPA SEBULAT SUARA BERSETUJU DENGAN PROGRAM YANG DIRANCANG DAN BERSETUJU MEMBAYAR RM300 BAGI MENAMPUNG KOS PELAKSANAAN AKTIVITI MURID-MURID TAHUN 6 SEPANJANG TAHUN 2017