Thursday, July 15, 2021

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN

 As salam dan salam  sejahtera

Makluman kepada semua ibu bapa/  penjaga murid SKPM.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 19 hingga 25 Julai 2021 adalah Cuti Penggal Persekolahan.

Sehubungan itu tiada PdPR dijalankan sepanjang cuti berkenaan. Walau bagaimanapun , anak tuan/puan boleh melengkapkan atau menyudahkan tugasan-tugasan yang tertangguh dalam tempoh tersebut bagi tujuan penilaian PBD subjek terlibat  ( jika ada ) 

PdPR akan disambung semula mulai 26 Julai 2021.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat  Hari Raya Aidul Adha. 

Lindungi Diri, Lindungi Keluarga.

Semoga kita semua terpelihara dari dijangkiti virus Covid-19.