Tuesday, April 25, 2017

Program Jom Baca (10 Minit) 2017

Program Jom Baca Bersama (10 Minit)

Tarikh     : 25 April 2017
Masa       : 11.00 -11.10 pagi
Anjuran  : Perbadanan Perpustakaan Awam Semalaysia
Objektif : Memacu masyarakat Malaysia ke arah minat membaca

Taklimat telah diadakan pada perhimpunan pagi.

Image may contain: 1 person, crowd and outdoor

Aktiviti Program Jom Baca disertai oleh semua peringkat dari pra-sekolah , guru-guru dan semua murid sesi pagi.

Image may contain: one or more people, people sitting and child    Image may contain: one or more people, people sitting and table


Image may contain: 2 people, people sitting and indoor


Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor


Image may contain: 1 person, sitting


Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: one or more people and text

Terima kasih semua.Jumpa lagi tahun hadapan .InsyaAllah.

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI 2017 (MINGGU KE- 16)

  • Tarikh     : 25 April 2017
  • Masa       : 7.20 Pagi
  • Tempat   : Dataran Perhimpunan
  • Tiada perhimpunan rasmi (Isnin cuti Sempena Pertabalan Agong)

Guru Bertugas  Sesi Pagi:
  • Pn. Ainul Fathiah bt Mohd Fauzi
  • Pn. Che Mariah bt Ngah
  • Pn. Salinda bt Kadri
  • Pn. Maziana bt Mustaffar


Ucapan Ringkas Guru Bertugas;(Ustazah Ainul)
1.Taklimat ringkas program yang akan diadakan sepanjang minggu ini.

a) Hari ini 25 April-Program Jom Baca (10 Minit ) akan diadakan pada pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.Semua murid dan guru yang berada di dalam kelas masing-masing perlu membaca selama 10 minit menggunakan pelbagai bahan bacaan sedia ada di dalam kelas.

b)Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu akan dijalankan seperti biasa pada waktu pagi (7.30 - 8.30) iaitu unit beruniform manakala aktiviti kokurikulum pada pukul 1.30- 2.30 ditangguhkan.

Image may contain: 1 person, crowd and outdoor

    Monday, April 24, 2017

    KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 51



    Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-51 yang berlangsung pada 23 April 2017 yang lepas cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat. Sukan pada kali ini memperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya ini disambut dengan meriah.

    Perasmian temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Shahrum Bin Dato Mohd Shariff. Dalam ucapan beliau YB Shahrum berseteju menyumbang sebanyak RM 5000.00 iaitu rm3000.00 untuk tabung PIBG dan RM2000.00 untuk pembinaan laluan jalan kaki prasekolah. 

    Selain itu, acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima. Kejohanan pada kali juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG.

    Acara lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan  membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning. Sejurus tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 80 meter dan 100 meter diadakan. Pelbagai aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada kali ini turut dimeriahkan dengan acara ibu dan bapa serta acara belia . Kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat begitu akrab dan ini yang kita mahukan. Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori olahragawan dimenangi oleh adik Izzat Irsyaduddin Bin Arshad dan olahragawati dimenangi oleh adik Azwin Salsabila Bt Nazeri

    Rumah Merah merupakan Juara Pembarisan. Kejohanan sukan kali ke- 51  ini Rumah Hijau dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Merah, ketiga Rumah Biru dan keempat  Rumah Kuning.