Tuesday, July 21, 2026

PELANCARAN PEMERKASAAN SAFE ( SCHOOL ANTI-BULLYING FRAMEWORK FOR EMPORWERMENT)

 Program PEMERKASAAN SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment) telah dilaksanakan pada 13 Julai bagi memperkukuh usaha sekolah dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada gejala buli.

Majlis pelancaran telah diadakan pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pagi dan pukul 1.30 petang bagi sesi petang. Bagi sesi pagi, En Khairil Anuar b. Othman, Guru Besar telah menyampaikan ucapan serta membacakan teks perasmian program. Manakala bagi sesi petang, majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin Penolong Kanan Petang  dengan membacakan teks perasmian.

Sebagai simbol komitmen seluruh warga sekolah dalam membanteras amalan buli, Ikrar Anti-Buli telah dibacakan dengan penuh semangat dan diketuai oleh Ketua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Diharapkan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kesedaran, memupuk nilai saling menghormati serta membentuk budaya sekolah yang lebih selamat, penyayang dan kondusif untuk semua warga sekolah.



Pelancaran Program SAFE sesi pagi










Pelancaran Program SAFE sesi petang

   




    


























Friday, July 17, 2026

 LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-24 (SESI PETANG)

Tarikh: 13 Julai 2026

Masa: 1:00 hingga 2:00 petang

Tempat: Anjung Meranti

Guru bertugas Sesi Petang :

En. Mohamad Zaidir Bin Zainal Abidin (GPK Petang)
Cik Wan Nuralia Najihah Binti Wan Aziz (Ketua)
Cik Salina A/P V Nehru
En. Mohd Kamarulizam Bin Ngah
En. Ahmad Akmal Bin Ahmad Ramzi
Pn. Norizan Binti Ayob
Pn. Haniza Binti Keria @ Zakaria



AKTIVITI

  • Pada 13 Julai 2026, perhimpunan rasmi telah dijalankan dengan mengadakan Majlis Pelancaran Program SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment). Majlis tersebut berlangsung dari pukul 1.00 petang hingga 2.30 petang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan membanteras amalan buli serta memupuk budaya sekolah yang selamat, harmoni dan saling menghormati dalam kalangan murid.


  • Pada 14 Julai 2026, telah berlangsung Pameran Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin. Program tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah, rokok dan gejala sosial di samping memupuk nilai disiplin, sahsiah terpuji serta gaya hidup sihat dalam kalangan murid.


Sekian, Terima Kasih .



















Friday, July 10, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 (SESI PAGI)

Tarikh : 6 Julai 2026

Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Tempat : Anjung Meranti 


Guru Bertugas Sesi Pagi :

Pn. Siti Fairuza binti Asmungi (GPK)
Pn. Mahfuzah binti Ahmad Zakuan (Ketua)
En. Mohamad Helmi bin Jumri
Pn. Idayu binti Ayob 
Pn. Alya binti Ramli
Cik Nuramirah binti Ariffin 




AKTIVITI 

  • Pada 6 Julai 2026, perhimpunan rasmi telah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Program Mentor Mentee. Program tersebut berlangsung selama 30 minit, iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Sesi kali ini bertemakan "Ringan Tulang" dan bertujuan untuk memupuk sikap rajin, bertanggungjawab serta meningkatkan disiplin diri dalam kalangan murid.

  • Pada 9 Julai 2026, telah diadakan Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Model Kerjaya telah diadakan semasa perhimpunan pagi. Pertandingan tersebut telah berlangsung bersempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya pada 29 Jun 2026. Hadiah telah disampaikan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang berjaya menunjukkan kreativiti, usaha serta komitmen yang cemerlang sepanjang pertandingan tersebut.

  • Pada 10 Julai 2026, Program Bacaan Surah Yasin telah diadakan seperti kebiasaan pada setiap pagi Jumaat. Bacaan tersebut diketuai oleh Ustaz Helmi dan disertai oleh seluruh warga SK Pulau Meranti (SKPM). Program ini bertujuan untuk menyemai nilai kerohanian, memupuk amalan membaca al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.                                                                                                                                                                                                       

Sekian, terima kasih 💖.

Wednesday, July 1, 2026

 

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 

(SESI PETANG)

  • Tarikh   : 29 Jun 2026
  • Masa     : 1.00 hingga 1.30 petang
  • Tempat  : Anjung Merant







English Week Assembly – SK Pulau Meranti

This week's school assembly was conducted in English as part of English Week, with the theme Trustworthiness (Amanah). Pupils were encouraged to use English in a meaningful context while learning the importance of being honest, responsible, and trustworthy in their daily lives.

During the assembly, Class 1 Zenith was recognised as the Best Attendance Class, while four pupils were honoured as NILAM Reading Programme winners in recognition of their outstanding reading achievements and commitment to learning.

Congratulations to Class 1 Zenith and all the award recipients! May these achievements inspire every pupil to strive for excellence, develop good values, and foster a lifelong love of reading.

Keep Reading, Keep Achieving!