Monday, October 30, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-30 2023/2024

 TARIKH      : 30 OKTOBER -  3 NOVEMBER 2023

MINGGU     : KE-30

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERTUGAS:

  1. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID (KETUA)
  2. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH 
  3. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  4. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  5. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF
  6. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA




TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


PERHIMPUNAN

AKTIVITI
  • Pengacara Majlis : Puan Nurul Nabilah binti Najid
  • Ikrar Rukun Negara : Puan Nurul Nabilah binti Najid 
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Pengacara Majlis, Puan Nurul Nabilah



Nyanyian 3 buah lagu



LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Puan Nurul Nabilah binti Najid.
  • Tema pada minggu ini ialah "Budaya Malaysia".
  • Puan Nabilah memberikan definisi apa itu budaya dan jenis-jenis budaya kepada murid.
  • Beliau menyatakan pelbagai jenis budaya yang ada di Malaysia mengikut kaum.
  • Beliau memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke 30.
  • Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada barisan guru yang bertugas.

SOLIDARITI PALESTINE PERINGKAT SEKOLAH SESI PETANG



TENTATIF SOLIDARITI PALESTINE
  • Bacaan Qunut Nazilah -Ustaz Sofian bin Abdullah
  • Nyanyian Lagu Palestine
  • Pelancaran Tabung Solidariti Palestine
  • Bacaan Doa Selamat -Ustaz Sofian bin Abdullah
  • Bersurai
Bacaan Qunut Nazilah oleh Ustaz Sofian bin Abdullah

Nyanyian Lagu bersamamu Palestine

Pelancaran Tabung Solidariti Palestine

Doa Selamat oleh Ustaz Sofian bin Abdullah

Aktiviti Mewarna "We Stand With The Children Palestine"





Warna-warni Solidariti Palestine

We Stand with Palestine


LENSA KAMERA 

Murid hadir ke sekolah sebelum jam 1 petang.

Murid Tahun 2 berkumpul di kantin.

Murid Tahun 1 berkumpul di Dataran Berbumbung.

Penyuraian murid pulang.


Friday, October 27, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 29 2023/2024

TARIKH              : 23 OKT -  27 OKT 2023

MINGGU             : KE-29

KUMPULAN       : KUMPULAN 2 

TEMA                  : NEGARAKU TERCINTA


Guru Bertugas:

1. Pn. Nasibah binti Sairi (Ketua)

2. Pn. Y. Nuryati  binti Abu Bakar

3. Tuan Haji Sofian bin Abdullah 

4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah

5. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor

6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani




TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari. 

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan. 

5. Tiada perhimpunan pada minggu ini atas faktor cuaca hujan. Program Mentor Mentee dijalankan.


PROGRAM MENTOR MENTEE





PROGRAM EKSPRESI MERANTI











Monday, October 23, 2023

LAPORAN PERHIMPUANAN RASMI MINGGU KE-29 (SESI PAGI)

  •  TARIKH: 23 Oktober 2023
  • MINGGU: 29
  • KUMPULAN: Kumpulan 5 (Sesi Pagi)

Guru Bertugas

  • En, Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Pn. Suriatie binti Che Lah 
  • Pn. Norjaya binti Sumaleh
  • Pn. Maziana binti Mustaffa
  • Cik Khairunnisa Syazrin binti Kamarzaman

Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis: Auni Faqiha binti Ahmad Rithauddeen (6 Dahlia)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Nur Dina Shafiyah binti Khazali (5 Saga) dan Fifie Mellydyia binti Mazzuki (5 Saga)
  • Bacaan Doa : Adeeb Mirza bin Mohd Hazly (5 Saga)
  • Ikrar Rukun Negara : En, Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Ikrar Murid : Amirah Alisha binti Amir Ridzuan (6 Dahlia)
Pengerusi Majlis : Auni Faqiha



Nyanyian lagu dikendalikan oleh Fifie Mellydia dan Nur Dina Shafiyya

Bacaan doa oleh Adeeb Mirza

Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Mohammad Faiz

Ikrar murid oleh Amirah Alisha


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Disampaikan oleh Pn. Siti Aniqah binti Saineh
  • Murid diingatkan supaya tidak melintas dari hentian bas A dan B sesuka hati pada waktu balik kerana banyak kereta yang lalu lalang
  • Memastikan plastik/pembalut makanan/cawan air yang digunakan pada waktu rehat dibuang ke dalam tong sampah. Jangan ditinggalkan di atas meja kantin / lantai.


Laporan Guru Bertugas
  • Disampaikan oleh En, Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Tema: Negaraku Tercinta
  • Salah satu cara menunjukkan kita cinta pada negara ialah menghayati ikrar Rukun Negara
  • Menerangkan maksud dan isi tersirat di sebalik ikrar Rukun Negara


Ucapan Guru Disiplin
  • Disampaikan oleh Ustaz Mohamad Helmi bin Jumri
  • Murid diingatkan untuk menghayati kemerdekaan negara sesuai dengan tema.
  • Beliau juga turit mengupas tentang semangat cintakan negara

Penyampaian Sijil
  • Menyampaikan sijil Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2023 kepada Azra Raihana binti Azrin dari kelas 6 Dahlia.
  • Tahniah diucapkan kepada murid tersebut


Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  • Mengingatkan murid tentang tandas sekolah yang telah dibaikpulih.
  • Murid perlu menjaga kebersihan tandas.
  • Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas kerana jika berlaku kerosakan lagi, kos baik pulih sangat tinggi.
  • Kurangkan ke tandas jika tidak berkaitan.


Disiplin murid: Baik dan terkawal

LENSA KAMERA











CABARAN ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA 2023

 Alhamdulillah selesai sudah Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas (PPT) Ketua Pesuruhjaya 2023 peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari (18 - 20 Oktober 2023) di USIMA Forest Resort.

Tahniah diucapkan kepada Azra Raihana binti Azrin dari kelas 6 Dahlia kerana telah berjaya menerima Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya 2023.

Untuk makluman semua, murid ini telah berjaya melengkapkan 23 lencana kecekapan dan mengikuti pelbagai aktiviti Pandu Puteri di pelbagai peringkat (sekolah hingga antarabangsa) dalam masa 2 tahun ini bagi melayakkannya menerima anugerah ini.


Semoga menjadi pembakar semangat kepada adik-adik Pandu Puteri Tunas SKPM untuk sama-sama berjaya hingga peringkat yang paling tinggi sebagai ahli Pandu Puteri Tunas.

Tahniah sekali lagi kepada Azra Raihana dan terima kasih kepada Pn. Parimala yang membuka peluang, guru-guru PPT dan guru-guru lain yang turut membantu dan memberi sokongan.