Thursday, October 19, 2023

BAS PAMERAN ANTIDADAH TAHUN 2023


Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, Pameran Antidadah peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Oktober 2023 (Khamis) khas untuk murid-murid SK Pulau Meranti. Ceramah yang penuh informasi ini telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang diundang khas dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Sepang.

Murid-murid SK Pulau Meranti telah diberi peluang untuk melawat Bas Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Di dalam bas pameran ini, murid-murid diberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah, bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan  pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah, menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.  

Marilah kita bertekad dan berazam untuk menghapuskan penyalahgunaan dadah yang boleh “menjahanamkan” masyarakat. 


JADUAL PERGERAKAN MURID



LENSA KAMERA




















No comments: