Pada 19 Oktober 2023 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali pertama bagi sesi 2023/2024 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.
Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Objektif Hari Bicara Akademik;
- Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.
- Dapat suaikenal antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid.
HEBAHAN INFO HARI BICARA AKADEMIK
LENSA KAMERA
Prasekolah
Ibu Bapa Prasekolah
Tahun 1 Dinamik, 1 Cekal, 1 Efisien dan 1 Bestari
Ibu Bapa Tahun 1
Tahun 2 Belatuk, 2 Helang, 2 Nuri, 2 Serindit dan 2 Merak
Ibu Bapa Tahun 2
Tahun 3 Alpha, 3 Beta dan 3 Gamma
Ibu Bapa Tahun 3
Tahun 4 Delima, 4 Topaz dan 4 Zamrud
Tahun 5 Iswara, 5 Persona dan 5 Saga
Tahun 6 Cempaka, 6 Dahlia dan 6 Mawar
Ibu Bapa Tahun 4, 5 dan 6
Pameran Pendidikan Seni Visual
Syabas dan tahniah kepada semua ibu yang hadir pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah hadir dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran anak masing-masing.
No comments:
Post a Comment