Tuesday, March 29, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-2 2022/2023


TARIKH : 28 MAC 2022 - 1 APRIL 2022

MINGGU : KE-2

KUMPULAN : 2


GURU BERTUGAS

EN. MOHAMMAD RIZWAN BIN MAT RIFIN (KETUA)

TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

PN. MAHFUZAH BINTI AHMAD ZAKUAN

PN. NUR SHAZWANI BINTI SANUSI

PN. VENESSA TAN ZHI WEI


TUGASAN SEPANJANG MINGGU 

1) Menunggu kedatangan murid serta memantau pergerakan  masuk murid di pintu pagar utama.

2) Mengambil suhu murid-murid di pondok pengawal bermula jam 12.30 tengahari.

3) Memantau disiplin murid ketika rehat agar mengikut SOP yang ditetapkan.

4) Sentiasa memastikan murid bergerak pulang dalam keadaan teratur dan terkawal.

5) Memastikan semua murid pulang dan diambil oleh ibubapa/penjaga pada waktu yang ditetapkan.


LENSA KAMERA 


Guru bertugas menunggu murid di pintu pagar.


Murid berjalan menaiki tangga dari pintu pagar. 


Murid perempuan mengambil suhu di pondok
pengawal.

Murid lelaki mengambil suhu di pondok
 pengawal.

Murid bergerak masuk ke kawasan sekolah 
melalui laluan berbumbung.


Murid tahun 2 menunggu di kawasan kantin sambil 
menjalankan program NILAM.


Murid tahun 1 menunggu di dataran berbumbung 
sebelum dibenarkan masuk ke kelas masing-masing.


Monday, March 28, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KEDUA SESI 2022/2023

  • Tarikh: 28 Mac 2022 - 1 April 2022
  • Minggu : 2
  • Kumpulan : 2


GURU BERTUGAS:

  1. En. Nordin bin Mat Hussin (Ketua)
  2. Pn. Noni binti Said
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. En. Mohamad Helmi bin Jumri
  5. Pn. Siti Nurain binti Jamaluddin


TUGASAN SEPANJANG MINGGU:

  1. Memantau pergerakan dan memastikan murid diberikan semburan hand sanitizer dan memantau suhu di pintu pagar utama sebelum masuk ke kawasan sekolah.
  2. Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin pada  waktu rehat.
  3. Mengawal perjalanan murid hingga ke pondok jaga pada waktu pulang.
  4. Memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan dan mengikut SOP.

LENSA KAMERA





Friday, March 25, 2022

PROGRAM MAJU DIRI SESI 2022/2023 KUMPULAN A

 Pada 24 Mac 2023, Khamis - Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan Program maju Diri sesi 2022/2023 bagi murid tahun 4, 5, & 6 dari kumpulan A. Program ini akan dilaksanakan lagi pada 31 Mac 2022, khamis bagi murid tahun 4 dan 5 dari kumpulan B.

Program ini adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Ia merupakan program orientasi dan suai kenal antara murid dengan murid dan murid dengan guru bertujuan menyediakan suasana belajar yang kondusif dan bersedia untuk belajar.

 Matlamat

Meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.

Objektif 

  1. Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
  2. Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
  3. Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri














Thursday, March 24, 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Sedikit perkongsian aktiviti Program Transisi hari ini iaitu topik mengenal nombor. Kami menggunakan tiga kaedah dalam aktiviti ini iaitu:

1. Pembelajaran digital - memperkenalkan nombor kepada murid melalui video. Guru menerangkan dengan lebih lanjut.
2. Menggunakan bahan seperti plastesin. Murid2 lebih mudah faham dan membantu kemahiran psikomotor tangan.
3. Menggunakan lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid2 dalam slot ini.


















Wednesday, March 23, 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

Program Transisi Tahun Satu SK Pulau Meranti kali ni sedikit berbeza. Kami mengintegrasikan penggunaan ICT dan pembelajaran digital dalam setiap aktiviti. Bahan2 kami dipelbagaikan daripada bahan digital, modul dan lembaran kerja. Murid2 teruja dan seronok melakukan aktiviti.

Alhamdulillah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk membeli dan memasang smart tv di sembilan buah kelas daripada 13 buah kelas keseluruhannya. 

Terima kasih kepada TNB, BSN, Bank Rakyat dan sumbangan peribadi ibu bapa kerana menjayakan program pembelajaran digital ini.











Tuesday, March 22, 2022

 Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera.

Kepada :

Ibubapa / Penjaga

SK Pulau Meranti

PELAPORAN PBD AKHIR TAHUN SEMESTER 3 SESI 2021/2022

🌺 Berikut disertakan link utk semakan pelaporan PBD Tahun 1 - Tahun 6.👇

    https://mylink.la/skpulaumeranti

🌺 Pilih TAHUN & Tuan/puan boleh menyemak Tahap Penguasaan ( TP ) anak²  dengan memasukkan no KP anak. 

🌺 Sekiranya ada kesilapan, sila maklumkan kepada Guru kelas untuk dimajukan kepada Unit penilaian dan Peperiksaan.

SK Pulau Meranti telah menggunakan sistem pelaporan PBD secara atas talian melalui aplikasi data studio, Google sheet dan Google doc. Kelebihan sistem ini ialah:

1. Percuma sahaja

2. Ibu bapa boleh mengakses keputusan anak2 dengan mudah

3. Slip PBD dijana secara automatik melalui autocrat. Slip PBD rasmi boleh didapati melalui guru kelas

4. Ibu bapa boleh memantau keputusan anak2 dan membantu proses pembelajaran di rumah

🌺 Terima kasih atas kerjasama semua.

Monday, March 21, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 1 2022/2023 SESI PETANG

 

TARIKH      : 21 – 25  MAC  2022

MINGGU     : KE-1

GURU BERTUGAS:

1.             EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF  (KETUA)

2.             CIK NORIZAN BINTI AYUB

3.             PN. SHARIFAH NURUL HAFIZAH BINTI SYED OMAR

4.             PN. NASIBAH BINTI SAIRI

5.             PN. Y NURYATI BINTI ABU BAKAR


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:


1. Memantau pergerakan dan pengambilan suhu murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2.  Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat.

3.  Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah.

4.  Memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan dan mengikut SOP.

5. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.



SKETSA GAMBAR  PERJALANAN SESI PETANG

GURU BERTUGAS MENYAMBUT KEHADIRAN 
MURID TAHUN 1 DAN  2


MURID BERGERAK  DI LALUAN TANGGA  DAN 

PERIKSA SUHU.


MURID DISAMBUT DENGAN GURU DI PONDOK 
PENGAWAL DAN MEMBERIKAN HADIAH SEBATANG 
PENSEL  


 AKTIVITI MURID-MURID DI DALAM KELAS.



 PERGERAKAN MURID UNTUK REHAT DAN DI LUAR KELAS.



PERGERAKAN MURID PULANG DARI SEKOLAH.




Disediakan oleh,

Pn. Y. Nuryati Binti Abu Bakar

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU PERTAMA, SESI 2022/2023

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU PERTAMA, SESI 2022/2023

TARIKH   : 21 Mac - 25 Mac 2022

KUMPULAN PERTAMA SESI PAGI


GURU BERTUGAS

1. En. Tuan Asri

2. Pn. Idayu

3. Pn. Sugunah

4. Pn. Wan Sarinah

5. Pn. Suzila


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Memantau pergerakan  dan memastikan ambil suhu di pintu pagar utama sebelum masuk ke kawasan sekolah.

2. Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin pada waktu reha.

3. Mengawal perjalanan murid hingga ke pondok jaga pada waktu pulang.

4. Memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan dan mengikuti SOP.


Program Guru Penyayang

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Pentadbir dan guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada hari pertama sekolah sesi 2022/2023 dengan memberikan sebatang pensil kepada semua murid SKPM.