Showing posts with label Transisi Tahun 1 2022. Show all posts
Showing posts with label Transisi Tahun 1 2022. Show all posts

Thursday, March 24, 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Sedikit perkongsian aktiviti Program Transisi hari ini iaitu topik mengenal nombor. Kami menggunakan tiga kaedah dalam aktiviti ini iaitu:

1. Pembelajaran digital - memperkenalkan nombor kepada murid melalui video. Guru menerangkan dengan lebih lanjut.
2. Menggunakan bahan seperti plastesin. Murid2 lebih mudah faham dan membantu kemahiran psikomotor tangan.
3. Menggunakan lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid2 dalam slot ini.


















Wednesday, March 23, 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

Program Transisi Tahun Satu SK Pulau Meranti kali ni sedikit berbeza. Kami mengintegrasikan penggunaan ICT dan pembelajaran digital dalam setiap aktiviti. Bahan2 kami dipelbagaikan daripada bahan digital, modul dan lembaran kerja. Murid2 teruja dan seronok melakukan aktiviti.

Alhamdulillah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk membeli dan memasang smart tv di sembilan buah kelas daripada 13 buah kelas keseluruhannya. 

Terima kasih kepada TNB, BSN, Bank Rakyat dan sumbangan peribadi ibu bapa kerana menjayakan program pembelajaran digital ini.