Friday, June 19, 2026

 

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PETANG)

  • Tarikh   : 15 Jun 2026
  • Masa     : 1.00 hingga 1.30 petang
  • Tempat  : Anjung Meranti 

Guru Bertugas Sesi Petang:
  1. Cik Salani V Nehru (Ketua)
  2. Pn. Norizan Binti Ayob
  3. Pn. Haniza Binti Keria @ Zakaria
  4. En Kamarulizam Bin Ngah
  5. En. Ahmad Akmal bin Ahmad
  6. Cik. Wan Nuralia Najihah Binti Wan Aziz


Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : CIK SALANI V NEHRU
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Bacaan Doa : MOHAMAD FATEH ADHA BINTI MOHAMAD FITRI (2 AL FARABI)
  • Ikrar Rukun Negara :  PUTRI AWRA SOFEA ( 3 EINSTEIN)
  • Ikrar Murid : DHIA NISRINA (3 EINSTEIN)




Tema: Bertolak Ansur 

Guru bertugas telah menyampaikan tema mingguan iaitu “Bertolak Ansur”. Murid-murid diberi penerangan tentang kepentingan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan seharian, khususnya ketika bergaul dengan rakan-rakan, guru dan ahli keluarga. Guru turut menekankan bahawa sikap bertolak ansur dapat mewujudkan suasana yang harmoni, mengeratkan hubungan serta mengelakkan perselisihan faham dalam kalangan warga sekolah.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
  • Disampaikan oleh En. Zaidir Zainal, penolong kanan petang SKPM.
  • Beliau telah memberikan ucapan setelah kembali dari Haji. 
  • Beliau juka menekankan kepentingan disiplin murid di sekolah dan juga tema minggu ini iaitu tolak ansur. 







LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PAGI)

  • Tarikh   : 15 Jun 2026
  • Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat  : Meranti Square


Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. Pn. Siti Nurain binti Jalaluddin (Ketua)
  2. En. Tuan Asri bin Tuan Deraman
  3. Pn. Juli binti Mahbah
  4. Pn. Suriatie binti Che Lah
  5. En. Noorhisham bin Mohd Noor



Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL (5 iOS)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Bacaan Doa : MUHAMMAD ABBAS ABDUL MANAF BIN MUHAMMAD RIDHUAN (4 CEKAL)
  • Ikrar Rukun Negara :  SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL (5 iOS)
  • Ikrar Murid : AISHA AZZAHRA BINTI RISZUAN (5 WINDOWS)


UCAPAN GURU BERTUGAS
  • Disampaikan oleh Puan Siti Nurain binti Jalaluddin
  • Tema : Bertolak ansur
  • Bertolak ansur bermaksud bertimbang rasa atau mengalah demi mengelak berlaku pergaduhan.
  • Semua murid perlu mengamalkan sikap bertolak ansur supaya suasana di kelas dan sekolah sentiasa aman damai.



UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU
  • Disampaikan oleh Puan Aliaa Husna
  • Beliau menasihatkan tentang keselamatan murid semasa di dalam kawasan sekolah dan di luar sekolah.
  • Murid perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.



PENGUMUMAN
  • Disampaikan oleh Puan Idayu binti Ayob
  • Beliau memaklumkan tentang KANCIL SCIENCE COMPETITION yang akan diadakan pada hari Khamis (18 Jun 2026)
  • Pertandingan akan diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat.
  • Murid perlu mengulangkaji pelajaran Sains Tahun 4,5 dan 6.



UCAPAN PENOLONG KANAN BERTUGAS
  • Disampaikan oleh Puan Siti Fairuza binti Asmungi, Penolong Kanan Pentadbiran
  • Beliau merupakan GPKP yang baru bertugas di SK Pulau Meranti menggantikan Pn. Rosmah.
  • Beliau memperkenalkan diri
  • Beliau juga menjelaskan tentang hadis Awal Muharram



DISIPLIN MURID : Baik dan terkawal