Monday, March 30, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu 11

Tarikh: 30/3/2015


Guru bertugas:
1. En. Ibrahim B. Zainuddin
2. Pn. Che Mariah Bt. Ngah
3. Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
4. Pn. Nurhafizah Bt. Udin
5. Pn. Diana Bt. Mohd Yusoff

Laporan:
  •  Pengerusi Majlis    :  Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
  •  Bacaan Doa            : Ahmad Haiqal Aiman
  •  Ikrar Rukun Negara: Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
  •  Ikrar Sekolah          : Muhammad Syamil Hafiz
  •  Ikrar Jalanraya        : Haziq Akmal
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas 


Disampaikan oleh : Pn. Nasibah Bt Sairi
  • Kebersihan Tandas
  •  - murid diingatkan menjaga kebersihan tandas 
  •  - murid mengepam tandas selapas menggunakan tandas
  • Kebersihan Kantin 
  • - murid perlu masukkan pinggan dan cawan dalam besen yang                                      disediakan.                               
  • - terdapat murid yang makan di bawah pokok

Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Disampaikan oleh : Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
  • Mengulas tentang tema "Akhlak yang Mulia"
  • Orang yang bercakap benar adalah orang yang menjaga hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia
  • Murid-murid diingatkan agar becakap benar dan dan menjaga percakapan semasa bercakap dengan guru serta sesama mereka.
  • Murid-murid digalakkan supaya selalu menolong ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan lain.
  • Murid-murid diingatkan agar menghormati orang yang lebih tua dan rakan-rakan lain.
Kelas Terbersih Mingguan
  • Tahap 1: 3 Cemerlang
  • Tahap 2: 4 Gemilang
Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran & Sijil TKRS 
  • Pn. Guru Besar menyampaikan Hadiah tempat ketiga bagi Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah yang dimenangi oleh Fatini Rauhah
  • Sijil turut disampaikan kepada Muhammad Syamil Hafiz yang mendapat pangkat Sarjan di Perkhemahan TKRS di peringkat Kebangsaan.
  • Sijil TKRS turut diberikan kepada Norhaliza (Koperal Peringkat Negeri), Muhammad Adli (Lans Koperal Peringkat Daerah), Alyssa Siti Salyna (Lans Koperal Peringkat Daerah)
Penyampaian Hadiah Hari Lahir Bulan Februari

Pn. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada semua murid yang menyambut hari lahir pada bulan Februari.


Pn. Rose memimpin nyanyian lagu
Guru dan murid menyanyikan lagu
Bacaan Ikrar Murid
Bacaan doa
Bacaan Ikrar Keselamatan
Jalan Raya
\Pn. Nasibah menyampaikan laporan
minggu lepas
Pemenang Kelas Terbersih
Tahap 1 - 3C
Pemenang Kelas Terbersih
Tahap 2 - 4G
Penyampaian Sijil dan Piala kepada peserta Hafazan
Penyampaian sijil kepada ahli TKRS
Ucapan guru bertugas


  
  
 Nyanyian lagu ' Selamat Hari Jadi'



Sunday, March 29, 2015

Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang. Majlis ini diadakan pada hari Sabtu bertarikh 28 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menghantar sebanyak enam penyertaan antaranya Mohd Ridhwan (Tilawah Al-Quran Lelaki), Nur Syamimi Athirah ( Tilawah Al-Quran Perempuan), Mohd Nur Fathullah (Hafazan Lelaki), Fatini Rauhah (Hafazan Perempuan), Mohd Aniq ( Bercerita Lelaki) dan Nurul Shasmeen (Bercerita Perempuan). Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai acara yang telah dipertandingkan. Ucapan tahniah kepada Fatini Rauhah bt Fairuz Zamer kerana telah mendapat tempat ketiga untuk Hafazan kategori perempuan. Mudah-mudahan dengan menyertai pertandingan ini, peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk lebih maju pada masa akan datang, in sya Allah...

Bergambar bersama hakim pertandingan.

Peserta berbaris mengikut kategori yang dipertandingkan.

Peserta khusyuk menghafaz Al-Quran di bilik pertandingan.

Adik Mohd Aniq sedang menanti giliran untuk membuat
persembahan.

Ucapan oleh Guru Besar SK Cyberjaya.

Tahniah kepada Adik Fatini Rauhah kerana mendapat
 Tempat Ketiga (Kategori Hafazan Perempuan)



Dilaporkan oleh,

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan








Friday, March 27, 2015

PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN SERTA KELAB DAN PERMAINAN

Tarikh : 25 Mac 2015
Hari    : Rabu
Masa   : 2.30 – 4.30 petang.

Aktiviti dimulakan dengan perjumpaan kelab dan persatuan pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Selepas loceng dibunyikan, aktiviti diteruskan dengan perjumpaan kelab dan permainan pada pukul 3.30 hingga 4.30 petang. Setiap unit telah menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Diharapkan murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 dapat hadir dalam setiap perjumpaan unit kokurikulum.

KELAB DAN PERSATUAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
KELAB INOVASI DAN REKACIPTA
KELAB KOMPUTER
KELAB SENI TARI DAN KEBUDAYAAN
PERSATUAN BAHASA
KELAB DAN PERMAINAN
BOLA JARING

SEPAK TAKRAW
PERMAINAN DALAMAN
BOLA TAMPAR
PING PONG
BADMINTON
HOKI
BOLA SEPAK

Monday, March 23, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-10



Tarikh: 23 Mac 2015
Hari    : Isnin

Masa  : 7.20 - 8. 30 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti
Senarai Guru Bertugas:
1. En. Nordin b. Mat Husin (K)
2. Pn. Rose Halina  bt. Jedin
3. Pn. Ainul Fathiah bt Muhd Fauzi
4. Pn. Nasibah bt. Sairi
5. Pn. Mahfuzah bt. Ahmad Zakuan

Aktiviti 1:
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Nasibah.
Bacaan doa oleh Muhammad Abu Bakar As-siddiq bin Mohd Mahzan
Bacaan Ikrar sekolah oleh Norhaliza Abdullah

Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan raya oleh Haiqal Aiman


Murid-murid bersedia untuk perhimpunan


Cikgu Reza memimpin nyanyian




Pn Nasibah membaca Ikrar Rukun Negara


Bacaan Ikrar
Bacaan Ikrar murid
Aktiviti 2 :
Ucapan guru bertugas minggu ke 9
Oleh :  Pn Salinda Kadri

1.   Murid-murid ditekankan berkenaan kebersihan kerana tahap kebersihan telah menurun pada minggu ke-9. Murid-murid diminta bersama-sama membantu mengekalkan kebersihan sekolah.

2.  Didapati ada murid yang berpura-pura tentang kesihatan mereka kerana mahu memonteng kelas. Guru-guru akan lebih tegas dan murid di minta agar tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya sakit atau demam.
3. Terdapat ramai murid yang cuai menjaga wang saku. Diminta agar semua murid lebih berhati-hati menjaga wang saku masing-masing.

Pn Sally memberi ucapan guru bertugas minggu ke-9


Aktiviti 3:
Ucapan guru bertugas mingguan
oleh : Puan Nasibah

Tema pada minggu ini  bertajuk “ Kesihatan”.

Aktiviti 4:
Kelas terbersih

Pada minggu lepas, diadakan pertandingan kelas terbersih tahap satu dan tahap dua. Pemenangnya adalah :

Tahap 1 : Kelas 1 Cemerlang
      Tahap 2 : Kelas 5 Gemilang


   
5 Gemilang



1 Cemerlang

Saturday, March 14, 2015

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL SATU 2015


Cuti pertengahan penggal satu mulai 14 Mac hingga 22 Mac 2015. Semua murid akan kembali semula ke sekolah pada 23 Mac 2015 (Isnin).

Isilah masa cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Selamat bercuti



Monday, March 9, 2015

PELAKSANAAN SARINGAN 1 LINUS 2.0 (LITERASI-BM, LITERASI-BI, NUMERASI-MT) DAERAH SEPANG TAHUN 2015

PROGRAM LITERASI DANNUMERASI (LINUS) NKRA APA ITU LINUS? LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening" LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasadi Tahap1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira) Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memastikan semuamurid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin




PROGRAM LITERASI DANNUMERASI (LINUS) NKRA APA ITU LINUS? LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening" LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasadi Tahap1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira) Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memastikan semuamurid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 9

Tarikh : 09 MAC 2015
Hari    : Isnin
Masa  : 7.20 - 8. 30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti


Senarai Guru Bertugas:
1. En. Mohd Taufik b. Abdul Rahman
2. Pn. Salinda bt Kadri
3. Pn Sugunah
4. Pn Siti Fadhilah bt Zahari
5. Pn Nor Diana bt Amiruddin

Aktiviti 1:
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Mohd Taufik b. Abdul Rahman
Bacaan doa oleh Abu Bakar
Bacaan Ikrar murid dan Ikrar Jalan Raya


Aktiviti 2 :
Ucapan guru bertugas minggu ke 8
Oleh :  Cikgu Daud b Aris

1.   Murid-murid ditekankan berkenaan disiplin di sekolah pada setiap masa dan menghormati guru

2.  Didapati ada murid yang ponteng waktu kokurikulum pada waktu petang  balik tidak ikut laluan sebenar tetapi keluar ikut laluan pagar yang dilubangkan.


Aktiviti 3:
Ucapan guru bertugas mingguan
oleh : Puan Salinda bt Kadri

Isi masa lapang adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh segelintir manusia kerana masa lapang adalah masa untuk berehat, lepak dengan kawan dan sebagainya. Sebenarnya, masa lapang ini amat berguna bagi guru dan juga murid di sekolah kerana pada masa inilah murid-murid b mengulangkaji pelajaran, membaca buku di pusat sumber dan membuat latihan yang diberikan oleh guru.  

Masa lapang yang ada, samada sebelum guru masuk ke kelas atau selepas guru masuk ke kelas, murid-murid seharusnya menggunakan masa yang hanya beberapa minit tersebut untuk membaca buku-buku yang telah ada di belakang di dalam kelas. Begitu juga jika ada masa terluang semasa rehat atau pulang sekolah, murid-murid masuk ke pusat sumber untuk membaca buku.

Aktiviti 4:
Kelas terbersih

Pada minggu lepas, diadakan pertandingan kelas terbersih tahap satu dan tahap dua. Pemenangnya adalah :

    Tahap 1 : Kelas 3 Cemerlang
    Tahap 2 : Kelas 4 Gemilang


Aktiviti 5:
Cenderahati Hari jadi bagi bulan Januari
oleh : Puan Sugunah

Penyampaian cenderahati untuk murid-murid yang lahir pada bulan Januari yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, Puan Nora.




Aktiviti 6:
Pelancaran Program Nilam
Pengacara Majlis : Pn Rose Halina bt Jedin
Dirasmikan oleh : Datuk Hj Mohd Mahzan b Tamyis
                             (YDP PIBG SK Pulau Meranti)







Pengenalan
‘ Nilam’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggambungan atau adunan. Program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Objektif
·        Menjadikan murid banyak membaca
·        Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Nilam dan lagu Malaysia Berjaya