Sunday, May 9, 2021

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG (MINGGU KE 15)

 

AHLI KUMPULAN :

1. EN. MUHAMMAD RIZWAN BIN MAT RIPIN

2. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH

3. PN. NASIBAH BINTI SAIRI

4. PN. Y NURYATI BINTI ABU BAKAR

5. DR. SHAMSIAH BINTI DAUD


TUGASAN SEPANJANG MINGGU :

  • Memeriksa dan memantau suhu murid di pintu masuk sekolah dan memastikan murid mengikut laluan pergerakan terarah yang ditetapkan.
  • Mencatat suhu murid mengikut kelas.
  • Mengawal murid di kantin dan dataran berbumbung semasa murid datang ke sekolah.
  • Membuat hebahan keselamatan kepada murid.
  • Memantau dan mengiringi pergerakan murid berjalan ke kelas dan masa pulang dalam keadaan beratur serta mengikut jarak yang ditetapkan.
  • Menunggu semua murid pulang dan menghubungi ibubapa jika perlu.


LENSA KAMERA











Saturday, May 8, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



 Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam norma baharu PKP 3.0


jangan lupa



Jaga kesihatan jaga keselamatan

Patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

PEMAKLUMAN MENGENAI CUTI SEKOLAH DAN PdPR

Sebagaimana yang ramai telah sedia maklum bahawa sekolah akan ditutup mulai 6 Mei hingga 13 Jun 2021.

Namun demikian dalam masa penutupan sekolah ini terdapat beberapa perkara yang perlu difahami iaitu:

1.  Proses pembelajaran PdPR akan berjalan pada tarikh tarikh seperti berikut:

✏️ 6 & 7 Mei 2021

✏️17- 21 Mei 2021

✏️24 - 25 Mei 2021

✏️27 - 28 Mei 2021

2.  Manakala cuti sekolah pula ialah pada

📌10 - 16 Mei 2021 - cuti  Hari Raya Aidil Fitri

📌29 Mei - 13 Jun 2021 - cuti pertengahan penggal.

Sekolah akan dibuka semula pada 14 Jun 2021 bersamaan hari Isnin  (sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa)


Friday, May 7, 2021

PERJUMPAAN KALI KE 4 KELAB DAN PERSATUAN UNIT KOKURIKULUM SKPM 2021

 Perjumpaan Kali Ke- 4 Kelab Dan Persatuan Unit Kokurikulum SKPM 2021

Tarikh: 5.5.2021

Masa:7:30 - 9: 30 pagi

Aktiviti: Tulisan Khat


Bahan: 

3 batang pensel

Kertas A4 putih dan warna

Getah gelang 2

Gam dan gunting


Pelaksanaan

1. Murid melihat video 

2. Murid menulis

3. Gunting hasil tulisan dan tampal pada kertas lain


Proses Kerja Dan Hasil














Tahniah Dan Terima Kasih Semua

BULAN PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2021

 BULAN PANITIA BAHASA MELAYU

8 HINGGA 22 MAC 2021

ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN JK MBMMBI


PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang menjadi tunjang dalam institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat universiti. Peranannya sebagai bahasa ilmiah memang tidak dapat disangkal lagi, Oleh kerana Itu, Bulan Panitia Bahasa Melayu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha meningkatkan penguasaan dalam kalangan murid-murid di samping memartabatkan peranannya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara.

Bulan Panitia Bahasa Melayu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam Panitia Bahasa Melayu dan dilaksanakan seawal mungkin sebagai pemangkin semangat kepada murid-murid supaya sentiasa prihatin dan merebut peluang untuk menyertai segala aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Dengan adanya penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian akademik terutama dalam Bahasa Melayu

 

MATLAMAT

Menanamkan keyakinan dalam diri murid-murid dan mencungkil bakat di peringkat sekolah di samping meningkatkan kemahiran berbahasa dari aspek lisan, membaca dan menulis.

 

OBJEKTIF

·        Mencungkil bakat menulis, membaca, bercerita dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

·    Memberi peluang kepada semua murid berekspresi melalui penyertaan murid dalam aktiviti.

·   Menambahkan ilmu pengetahuan dalam aspek tatabahasa, budaya dan memupuk perpaduan.

·         Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid.

 

SASARAN

Semua murid pra sekolah, pemulihan khas,  tahap satu dan tahap dua.

 

JAWATANKUASA PELAKSANA BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 2021

Penasihat : Pn. Siti Habsah binti Ahmad

Pengerusi : En. Mohd Azmin bin Atan

Ketua panitia : Pn. Norazmah binti Che Omar

Setiausaha : Pn. Noni binti Said.

Guru Bahasa Melayu- Prasekolah : Pn. Diana binti Yusof

Guru Pemulihan : Pn. Yusnur Aida binti Yusof

Guru Tahun Satu : Datin. Nora binti Yusof, Pn. Azlimariah binti Arifin, En Mohamad Nasrul Afiq b. Mohamed Desa

Guru Tahun Dua : Pn. Noor Rashedah bt Mustaffa, Pn. Faiza Fitria bt. Che Mat, Pn. Norsaliza bt Abd.Ghani

Guru Tahun Tiga : Pn. Noor Rashedah bt Mustaffa, Pn. Faiza Fitria bt. Che Mat, En. Mohd. Rizwan b. Mat Ripin

Guru Tahun Empat : Pn. Norazmah binti Che Omar dan Pn. Noni binti Said

Guru Tahun Lima : En. Nordin bin Hussin, Pn. Norazmah binti Che Omar, En. Noorhisham bin Mohd Nor

Guru Tahun Enam : Pn. Noni binti Said, Pn. Norazmah binti Che Omar, En. Nordin bin Hussin


MAJLIS PELANCARAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU



PEMENANG BULAN PANITIA BAHASA MELAYU



















PENUTUPAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU




Monday, May 3, 2021

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PERINGKAT SK PULAU MERANTI TAHUN 2021

 


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis berlangsung untuk dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Penyerahan Watikah Pelantikan disampaikan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti bagi sesi pagi manakala penyerahan watikah bagi sesi petang pula disampaikan oleh Encik Muhammad Fairuz Bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti. Majlis dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas pusat sumber sekolah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga semua pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa.


GAMBAR SESI PAGI














GAMBAR SESI PETANG