Friday, May 7, 2021

BULAN PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2021

 BULAN PANITIA BAHASA MELAYU

8 HINGGA 22 MAC 2021

ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN JK MBMMBI


PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang menjadi tunjang dalam institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat universiti. Peranannya sebagai bahasa ilmiah memang tidak dapat disangkal lagi, Oleh kerana Itu, Bulan Panitia Bahasa Melayu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha meningkatkan penguasaan dalam kalangan murid-murid di samping memartabatkan peranannya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara.

Bulan Panitia Bahasa Melayu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam Panitia Bahasa Melayu dan dilaksanakan seawal mungkin sebagai pemangkin semangat kepada murid-murid supaya sentiasa prihatin dan merebut peluang untuk menyertai segala aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Dengan adanya penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian akademik terutama dalam Bahasa Melayu

 

MATLAMAT

Menanamkan keyakinan dalam diri murid-murid dan mencungkil bakat di peringkat sekolah di samping meningkatkan kemahiran berbahasa dari aspek lisan, membaca dan menulis.

 

OBJEKTIF

·        Mencungkil bakat menulis, membaca, bercerita dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

·    Memberi peluang kepada semua murid berekspresi melalui penyertaan murid dalam aktiviti.

·   Menambahkan ilmu pengetahuan dalam aspek tatabahasa, budaya dan memupuk perpaduan.

·         Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid.

 

SASARAN

Semua murid pra sekolah, pemulihan khas,  tahap satu dan tahap dua.

 

JAWATANKUASA PELAKSANA BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 2021

Penasihat : Pn. Siti Habsah binti Ahmad

Pengerusi : En. Mohd Azmin bin Atan

Ketua panitia : Pn. Norazmah binti Che Omar

Setiausaha : Pn. Noni binti Said.

Guru Bahasa Melayu- Prasekolah : Pn. Diana binti Yusof

Guru Pemulihan : Pn. Yusnur Aida binti Yusof

Guru Tahun Satu : Datin. Nora binti Yusof, Pn. Azlimariah binti Arifin, En Mohamad Nasrul Afiq b. Mohamed Desa

Guru Tahun Dua : Pn. Noor Rashedah bt Mustaffa, Pn. Faiza Fitria bt. Che Mat, Pn. Norsaliza bt Abd.Ghani

Guru Tahun Tiga : Pn. Noor Rashedah bt Mustaffa, Pn. Faiza Fitria bt. Che Mat, En. Mohd. Rizwan b. Mat Ripin

Guru Tahun Empat : Pn. Norazmah binti Che Omar dan Pn. Noni binti Said

Guru Tahun Lima : En. Nordin bin Hussin, Pn. Norazmah binti Che Omar, En. Noorhisham bin Mohd Nor

Guru Tahun Enam : Pn. Noni binti Said, Pn. Norazmah binti Che Omar, En. Nordin bin Hussin


MAJLIS PELANCARAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU



PEMENANG BULAN PANITIA BAHASA MELAYU



















PENUTUPAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU




No comments: