PENDAHULUAN
Pengawas Pusat Sumber merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi
membantu pengurusan pusat sumber sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti
dan diberikan latihan khusus dalam pengurusan buku-bukku di pusat sumber,
pengurusan pusat sumbe dan bilik media serta kawalan disiplin murid-murid yang
menggunakan kemudahan di pusat sumber. Pengawas pusat sumber perlu dibekalkan
dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikassi berkesan denan murid
lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Oleh
itu, Kursus Pengawas Pusat Sumber perlu dijalankan untuk ahli-ahli Pengawas Pusat
Sumber melengkapkan modul latihan pengawas pusat sumber di samping
menjalinkan kerjasama yang baik antara ahli pengawas senior dan junior. Jika
kejelekitan antara ahli pengawas pusat sumber sendiri sangat baik, maka mudah
menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai stu pasukan yang bekerjasama dan
bertoleransi antara mereka.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran perpustakaan dan literasi maklumat di kalangan murid.
- Membina semangat berpasukan di kalangan pengawas pusat sumber.
- Melatih pengawas pusat sumber agar mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah.
BUTIRAN POGRAM
a) Tarikh : 24 April 2021 ( Sabtu)
b) Tempat :Rumah masing-masing
d) Perasmi : Puan Siti Habsah binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti)
TENTATIF PROGRAM
24 April 2021 (Sabtu)
8.30 pagi : Pendaftaran secara dalam talian.
8.45 pagi : Taklimat penyelaras pusat sumber.
9.00 pagi : Lantikan ajk tertinggi pusat sumber 2021
9.15 pagi : Pengurusan teknikal pusat sumber
10.00 pagi : Tanggungjawab dan disiplin pengawas pusat sumber:
11.00 pagi : Teknik proses buku
11.30 pagi : Program NILAM dan resensi buku
11.45 pagi : Rumusan
12.00 tgh : Majlis Penutup dan bersurai.
No comments:
Post a Comment